Skip to main content

Jangan Terkejut Permainan Sorok-Sorok Ada World Cup


Tahukah anda yang permainan masa kita kecil-kecil ini sebenarnya ada kejohanan dunia nya yang tersendiri? Kejohanan ini dinamakan sebagai “Nascondino World Championship”.

Pertandingan Nascondino World Championship ini pertama kalinya diadakan pada tahun 2010 di Bergamo, sebuah bandar di Itali.

Nascondino yang membawa maksud “hide and seek” ini dimainkan dikawasan yang terbuka dan mempunyai peraturan yang agak berbeza sedikit dengan permainan sorok-sorok yang biasa kita main dahulu.

Sebenarnya Nascondino World Championship ini dicipta oleh CTRL Magazine ketika mereka mengadakan majlis hari lahir salah seorang daripada pengasas majalah tersebut.

Mereka mula bermain permainan hide and seek dan pengasas tersebut berkata dalam nada gurau mengapa tiada satu kejohanan hide and seek pernah diadakan?

Dan bermula dari gurauan tersebut, acara hide and seek ini mula diadakan setiap tahun dan terciptalah Nascondino World Championship.

Pada tahun 2017, sebanyak 80 pasukan daripada 11 negara seperti Itali, Belgium, Jepun, Amerika Syarikat dan banyak lagi telah sama-sama memasuki acara tahunan ini.

Format untuk permainan hide and seek mereka agak berbeza dengan apa yang kita selalu main di Malaysia.

Dalam permainan ini, setiap pasukan akan mempunyai lima orang ahli.

Bila setiap pusingan dimulakan, setiap seorang ahli daripada semua pasukan akan memasuki kawasan hide and seek.

Mereka semua akan menyorok dan seorang “neutral seeker” akan mencari mereka.

Mereka diberikan masa seminit untuk menyorok dan perlu datang ke “home base” dalam masa lima minit tanpa ditangkap oleh neutral seeker.

Pemain pertama yang sampai ke home base akan mendapat 20 point dan pemain kedua akan mendapat 19 point sampailah seterusnya.

Pemain yang ditangkap oleh neutral seeker tidak akan mendapat sebarang point.

Ini termasuk juga pemain yang tidak datang ke home base melebihi lima minit juga tidak akan mendapat apa-apa point.

Setiap point ini akan dikumpulkan dan kumpulan yang mempunyai point terbanyak akan memenangi pertandingan Nascondino World Championship ini.

Pada tahun 2013, seorang graduan daripada Nippon Sport Science University iaitu Yasuo Hazaki telah memulakan satu kempen untuk memasukkan permainan hide and seek dalam acara sukan Olympic 2020 yang mana akan diadakan di Jepun nanti.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada cadangan dia diterima atau pun tidak. - Sumber: thelaki.com.my

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...