Powered by Blogger.

Tuesday, September 10, 2019

"Anak Saya Tidak Tahu Apa-apa, Dah Namanya Pun Kanak-Kanak," Ibu Pembuli.


Jakarta - Ibu bapa kanak-kanak yang dituduh menjadi punca kematian Fatir Ahmad berusia 6 tahun mendakwa mereka tertekan atas tuduhan yang dilemparkan ke atas anak mereka yang didakwa telah memukul mangsa sehingga mangsa meninggal dunia.

Suparno bapa kepada kanak-kanak yang dituduh tersebut memberitahu bahawa anaknya dituduh telah membuli Fatir dengan memukul serta menendang sehingga menyebabkan kecederaan yang membawa maut kepada mangsa.

Suparno memberitahu bahawa dia amat terkejut dengan tuduhan yang dihebohkan di media sosial oleh ibu Fatir Ahmad, Sri Ani Lestari sehingga mendapat perhatian netizen dan menjadi viral di media sosial.

Suparno yang bekerja sebagai pekerja pembinaan memberitahu dia tidak memiliki telefon pintar malah dia serta isterinya juga tidak tahu menggunakan media sosial tetapi dia amat terkejut apabila di beritahu oleh jirannya bahawa kejadian tersebut telah menjadi viral

Tuduhan yang dilemparkan oleh Sri Ani Lestari membuatkan kami merasa amat terseksa sedangkan saya tidak tahu menahu mengenai kejadian tersebut.

"Anak saya tidak tahu apa-apa dan dah namanya kanak-kanak, maaf dia tidak mengerti apa-apa tetapi di luar sana penuh dengan tuduhan yang dilemparkan keatasnya, saya tak sanggup nak melihatnya," katanya lagi.

Suparno meletak jawatan dan bersedia menerima segala kemungkinan tindakan undang-undang seta segala akibatnya, dia hanya berserah kepada Allah kerana hanya Allah yang tahu apa yang betul dan apa yang salah.

Suparno juga meluahkan ketidak fahaman mengapa Sri Ani Lestari memuatkan kejadian yang menimpa anaknya itu di media sosial kerana sedangkan dia tidak tahu menahu langsung telah berlaku pergaduhan antara anaknya dengan Fatir Ahmad.

Ibu bapa kanak-kanak yang dituduh membuli Fatir Ahmad tidak dapat menerima apabila anak mereka diminta supaya bertanggungjawab di atas kematian Fatir oleh ibu mangsa.

Ibu Fatir memberitahu anaknya itu memberitahu bahawa dia mengaku telah di pukul oleh rakannya sehingga terkena rahang ketika Fatir sedang menerima rawatan di hospital.

"Ketika diberitahu oleh Fatir, saya terus menghubungi ibu bapa rakan anaknya itu tetapi mereka seakan mengelak dan menafikan bahawa anak mereka yang menyebabkan Fatir sakit.

Malah mereka turut memberitahu bahawa yang menyebabkan Fatir mengalami kecederaan bukan anaknya seorang dan ketika mendengarnya Ani terus membalas bahawa sepatutnya mereka bertindak menghalang Fatir dari terus dipukul ketika melihat kejadian tersebut berlaku.

"Itu sangat teruk, menafikan bahawa bukan hanya anaknya seorang penyebab Fatir mengalami kecederaan, dia sepatutnya meleraikan pergaduhan kanak-kanak tersebut dan bukannya hanya mendiamkan diri ketika melihat kejadian tersebut,"katanya.

Ani memberitahu bahawa ibu kanak-kanak yang memukul anaknya itu mengetahui bahawa anaknya itu telah memukul Fatir tetapi ibu kanak-kanak tersebut langsung tidak cuba mendekati mangsa untuk melihat keadaan mangsa selepas dipukul oleh anaknya itu.

"Selepas itu ibu bapa kanak-kanak tersebut terus mengelakkan saya dan saya cuba berbicara dengan mereka dengan bertanyakan kepada mereka bagaimana jika anak mereka yang menjadi mangsa manakala anak saya menjadi pelakunya pula, bagaimana reaksi mereka tetapi mereka malah hanya terdiam tanpa berkata apa-apa," katanya.

Menurut Ani, dia dan suami serta anaknya itu baru sahaja menetap di Bekasi selama dua bulan kerana mengikuti suaminya yang memiliki perniagaan di sana dan mereka tinggal di rumah milik saudara ibu bapa kanak-kanak yang telah memukul Fatir dan rumah mereka betul-betul bersebelahan.