Powered by Blogger.

Tuesday, September 3, 2019

Aliff Aziz Didakwa Atas Tuduhan Mencuri Duit Yunika


Penyanyi dan pelakon dari Singapura Aliff Aziz didakwa di mahkamah Singapura atas dua pertuduhan mencuri hari ini.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa mencuri wang sebanyak SG$300 (RM900) dan SG$97.90(RM296) milik pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri.

Penyanyi Selayaknya Aku itu didakwa melakukan kejadian terbabit di dalam sebuah bilik di Hotel M Studio, Singapura antara jam 12 hingga 3 pagi 7 Jun lalu.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, turut menghadapi tuduhan mencuri sepaket rokok dan pemetik api bernilai $15.60 (RM47) secara keseluruhan milik seorang individu bernama Gurwinder Singh S/O Harwindar Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.

Kejadian itu didakwa berlaku sekitar 4.45 pagi pada 6 Ogos 2018.

Berita Harian Singapura melaporkan, Aliff, 28, hadir di mahkamah pagi tadi bersama seorang rakannya.

Sebutan semula kes tersebut dijangka diadakan di mahkamah pada 1 Oktober depan.

Aliff yang juga popular dengan lagu Sayang Sayang itu dibebaskan dengan ikat jamin $5,000. - Malaysiakini