Skip to main content

40 Ahli Kongsi Gelap Kepung Inspektor Ketika Sedang Makan Bersama Keluarga


KLANG - Pegawai kanan polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan keluarganya dikepung serta diugut hampir 40 lelaki dipercayai ahli kongsi gelap ketika sedang makan dalam satu pesta di Kompleks Sukan Pandamaran di sini petang semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, pegawai berpangkat inspektor itu makan di sebuah gerai menjual roti john bersama isteri, anak berusia 2 tahun, ibu mentua dan anak saudara sebelum didatangi lebih 10 lelaki terlibat.

Difahamkan, kumpulan kongsi gelap, Geng Yie Tiger mengepung dan mengugut mangsa menggunakan senjata tajam seperti pisau lipat, kerambit kecil serta besi buku lima.

Menurut sumber, inspektor berkenaan yang ketika itu sedang memangku anaknya terpaksa berundur kerana bimbang dengan ancaman tersebut.

"Sambil mengepung mangsa, ahli kongsi gelap itu turut mengugut mangsa 'Kau nak mati ke, aku bunuh kau sampai mati wei, aku tembak kau bagi mati baru kau tahu bangsat. Aku tak hairan dengan kau, aku ada link polis Klang Selatan, IPK Selangor dengan Bukit Aman. Aku pastikan buat kau kena buang kerja. Kau tengok nanti mesti aku tetak kau, ini Klang aku pegang."

Menurut sumber lagi, seramai 30 lagi ahli kongsi gelap telah bersedia di sekeliling mangsa untuk menyerang dengan memegang senjata tajam.

"Kejadian itu disaksikan lebih 50 orang awam dan peniaga di kawasan tersebut.

"Difahamkan, kumpulan kongsi gelap itu menyerang mangsa kerana tidak berpuas hati dan menganggap mangsa adalah pemberi maklumat terhadap kegiatan jenayah mereka kepada polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa.

"Berdasarkan siasatan awal, insiden berkenaan tidak ada unsur kongsi gelap.

“Mangsa tidak disentuh atau dicederakan dan siasatan awal mendapati ada berlaku perselisihan faham antara mangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini," katanya.

Menurutnya, susulan insiden itu, seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau kerana merusuh pada 2015," katanya. Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...