Skip to main content

Gara-Gara Dituduh Curang Dengan Adik Ipar, Ibu Tergamak Cekik Bayi 😭😭


Seorang wanita ditahan serta didakwa atas tuduhan membunuh selepas polis di negeri Uttar Pradesh, India menemukan mayat bayi yang disorok dalam sebuah beg guni berhampiran rumahnya.

Polis di Greater Noida berkata, wanita berusia 26 tahun itu disyaki mencekik sehingga mati bayi lelakinya yang berusia 8 bulan menggunakan sehelai selendang.

Suami dan bapa mertua wanita terbabit turut ditahan dan berdepan tuduhan konspirasi jenayah kerana membuang mayat bayi tersebut di dalam parit.

Pada mulanya, suspek yang dikenali sebagai Hema memberitahu anaknya terjatuh daripada katil namun siasatan lanjut mendapati dia mencekik mangsa kerana berang dituduh menjalin hubungan sulit dengan adik ipar oleh suaminya sendiri.

"Suspek memberitahu suami dan bapa mertuanya bahawa bayi tersebut mati selepas terjatuh daripada katil.

"Disebabkan bimbang ditahan polis, dia meminta mereka menyembunyikan kematian tersebut," kata polis.

Polis menemui mayat berkenaan pada Rabu lalu, kira-kira 10 hari selepas bayi tersebut dibunuh. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut