Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Hanya Kerana Tidak Basuh Pinggan Kanak-Kanak Ini Didera Ibu Saudara

Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas dipercayai didera dan dipukul oleh ibu saudaranya hanya kerana tidak membasuh pinggan. Kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas dimaklumkan pihak sekolah anaknya di Klang selepas mendapati terdapat kesan bengkak di jari tangan dan punggung, benjol di bahagian dahi, kesan luka lama diatas kepala, lebam bahagian celah paha dan belakang badan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ibu mangsa berusia 47 tahun diberitahu perkara itu pada Rabu lalu. "Rakaman percakapan ibu mangsa mendapati anaknya berusia 12 tahun itu dijaga oleh ibu saudaranya di Bandar Botanik, Klang dengan bayaran RM600 sebulan. Ibu mangsa hanya melawat anaknya sebulan sekali memandangkan dia bekerja kilang di Kapar, Klang," katanya kepada Sinar Harian. Shamsul Amar berkata, bagaimanapun sepanjang melawat anaknya sebelum ini, mangsa tidak pernah mengadu mengenai kejadian tersebut. "Hasil rakaman percakapan mang...

Gara-Gara Dituduh Curang Dengan Adik Ipar, Ibu Tergamak Cekik Bayi 😭😭

Seorang wanita ditahan serta didakwa atas tuduhan membunuh selepas polis di negeri Uttar Pradesh, India menemukan mayat bayi yang disorok dalam sebuah beg guni berhampiran rumahnya. Polis di Greater Noida berkata, wanita berusia 26 tahun itu disyaki mencekik sehingga mati bayi lelakinya yang berusia 8 bulan menggunakan sehelai selendang. Suami dan bapa mertua wanita terbabit turut ditahan dan berdepan tuduhan konspirasi jenayah kerana membuang mayat bayi tersebut di dalam parit. Pada mulanya, suspek yang dikenali sebagai Hema memberitahu anaknya terjatuh daripada katil namun siasatan lanjut mendapati dia mencekik mangsa kerana berang dituduh menjalin hubungan sulit dengan adik ipar oleh suaminya sendiri. "Suspek memberitahu suami dan bapa mertuanya bahawa bayi tersebut mati selepas terjatuh daripada katil. "Disebabkan bimbang ditahan polis, dia meminta mereka menyembunyikan kematian tersebut," kata polis. Polis menemui mayat berkenaan pada Rabu lalu, kira-kira 10 har...

Saya Bukan Penjenayah! Mengapa Saya Mahu Berhenti?

Exco Perak Paul Yong, yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rogol hari ini, menolak saranan supaya beliau bercuti. “Bagi saya, saya masih belum dijatuhkan hukuman,” katanya ketika ditanya sama ada akan bercuti. Beliau justeru berkata akan terus berkhidmat sebagai biasa dengan mengambil kira “mandat rakyat” kepadanya. “Mengapa saya mahu berhenti? “Apa sebab saya mahu cuti?” soalnya kembali kepada pemberita dengan nada yang tinggi. Yong pagi ini didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan merogol seorang warga Indonesia yang menjadi pembantu rumahnya. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. - Malaysiakini

Lelaki Langgar Syed Muhammad Danial Didakwa Membunuh

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pegawai bank, dalam satu kemalangan berhampiran persimpangan Southville City, Kajang, dua minggu lalu. Yew Wei Liang, 41, mengangguk faham pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nor Afidah Idris. Bagaimanapun pengakuan tidak direkodkan kerana ia bidang kuasa mahkamah tinggi. Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja dalam bidang IT itu didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Shakir, 29, di kilometer 293.6 Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur- Seremban) pada 10 Ogos 2019 antara jam 1 petang hingga 2 petang. Dakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Dalam pada itu, tertuduh yang diwakili peguam S. Selvam mengemukakan aduan di hadapan majistret mengikut Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah supaya mendengar aduan mereka berhubung satu inside...

23.08.19 Genab 11 Tahun, Tarikh Yang Tidak Dapat Dilupakan 😭😭😭

23 OGOS 2008 adalah antara tarikh yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh penyanyi dan pelakon Safura Ya'cob. Tarikh seorang ibu yang melahirkan anaknya, Nur Aisyah Mariam. Nur Aisyah merupakan anak sulung hasil perkongsian hidupnya dengan suami, pelakon Sharonizam Noor. Namun, Allah SWT lebih menyayangi Nur Aisyah. Nur Aisyah meninggal dunia pada September 2011 akibat demam panas ketika berusia tiga tahun. "Sangat rindu... pasti akan aku cium baju terakhir yang arwah pakai.. akan aku cium sepuasnya.. dan menangis semahunya... sehingga lelah itu habis... "Tunggu mama... jangan lupa cari mama nanti," coret Safura pada sekeping gambar Nur Aisyah yang dimuat naik di Instagramnya. Sebelum menyertai Gegar Vaganza (GV) musim kelima, Safura pernah memberitahu dia sudah lama tidak menyanyi pada acara besar selepas kehilangan anaknya itu. Masanya banyak diperuntukkan bersama keluarga di rumah. Semoga Safura dan suami sentiasa tabah. - Astro AWANI