Syed Saddiq Padam Rekod Najib, Dilantik Sebagai Menteri Belia dan Sukan.


Syed Saddiq Abdul Rahman, 25, mencatatkan rekod baru dalam legasi kepemimpinan muda dan menempa sejarah apabila dilantik menyandang jawatan menteri penuh termuda di Malaysia, sekali gus mencerminkan gagasan Malaysia Baharu diterajui Pakatan Harapan (PH).

Pentas urus tadbir kerajaan sebelum ini menyaksikan rekod pemimpin paling muda dalam Kabinet disandang Datuk Seri Najib Razak ketika dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978, ketika beliau berusia 25 tahun sebelum memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika berumur 33 tahun.

Selepas dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan ke-18, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mempunyai banyak masa apabila bakal menerima tugasan besar pertama ketika kontinjen negara akan bersaing pada Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini.

Menteri paling muda itu bertekad membuktikan kemampuannya terhadap mereka yang ragu-ragu dengan pelantikannya mengemudi Kementerian Belia dan Sukan.

Ahli Parlimen Muar itu yang mengangkat sumpah jawatan hari ini dengan Syed Saddiq, 26, diangkat sebagai menteri termuda dalam sejarah pentadbiran negara ini.

"Saya fikir respons terbaik kepada mereka yang ragu-ragu adalah dengan membuktikan saya mampu berkhidmat untuk mereka, mampu membangkitkan suara anak muda dan tiada anak muda yang tertinggal," katanya yang menyertai barisan anggota parlimen HARAPAN dalam majlis angkat sumpah di Istana Negara pagi tadi.

"Saya berbesar hati, pada masa sama pelantikan ini meletakkan tanggungjawab besar di bahu saya," katanya ketika ditanya berhubung reaksi awalnya berhubung pengumuman ditunggu-tunggu itu, yang mengakhiri pelbagai spekulasi berhubung barisan kabinet HARAPAN.

Menurutnya lagi beliau ada senarai idea yang akan dilaksanakan tetapi tidak mendedahkannya kerana mahu berunding dengan pegawai kanan kementerian itu yang lebih berpengalaman.

Berikrar untuk melaksanakan dasar tiada tolak ansur terhadap korupsi, beliau bagaimanapun menjamin tidak akan segera melakukan "pemburuan" bagi membangkitkan kesalahan yang dibuat pentadbiran terdahulu.

Beliau mahu kejayaan kementeriannya diukur dengan kebolehan mengupayakan golongan muda untuk menyertai proses pembinaan negara.

"Saya ingin jelaskan - saya tidak mahu kemasukan saya hanya dilihat sebagai usaha memburu (witch hunt) kesilapan kerajaan dulu. Saya tak mahu hanya fokus kepada kesilapan lalu, itu bukan cara yang baik untuk bermula.

"Akan ada pembersihan tetapi ia tak akan tertumpu kepada 'pemburuan' (kesilapan lalu)," katanya.

Beliau mahu kejayaan kementeriannya diukur dengan kebolehan mengupayakan golongan muda untuk menyertai proses pembinaan negara.

Selain berjumpa pegawai kanan kementerian, beliau berkata rancangan segeranya adalah untuk mengadakan lawatan rasmi ke Sabah dan Sarawak bagi menilai kemudahan sukan sedia ada dan menentukan sama ada ia memerlukan penambahbaikan.

Kabinet Pakatan Harapan mempunyai 28 menteri penuh, dengan 13 daripadanya mengangkat sumpah hari ini.