Skip to main content

Suami Isteri Bercerai Kerana Messi Dan Ronaldo


Siapa sangka acara seperti Piala Dunia dapat memisahkan sesebuah keluarga, ia sepatutnya dapat merapatkan hubungan orang ramai dalam menyokong pasukan dan pemain kegemaran masing-masing

Menurut laporan Utusan Online baru-baru ini, malang bagi sepasang suami isteri di sini yang berkahwin selama 14 tahun, Piala Dunia 2018 menyebabkan mereka bercerai.

Arsen, 40 menceraikan Lu­dy­mla, 37, kerana tidak tahan ejekan isterinya terhadap pemain ke­ge­marannya dari Argentina, Lionel Messi.

Menurut lelaki itu kepada akhbar Rusia, Argumenti i Fakty di Chelyabinsk, dia meminati Messi manakala Ludymla pula meminati pemain Portugal, Cristiano Ro­naldo dan mereka seringkali mempersendakan pemain kegemaran masing-ma­sing, dan kemuncak tahap kesabarannya berakhir pada Piala Dunia kali ini.

Selepas Argentina tewas pada Piala Dunia 2018, Ludmyla mula mengejek-ejek persembahan Mes­si dan menyifatkan pemain itu tidak pandai bermain bola sepak, lapor portal Oddity Central.

Pada mulanya Arsen tidak menghiraukan ejekan isterinya tetapi semasa perlawanan Argentina menentang Nigeria, dia tidak dapat menahan lagi kemarahannya.

Kemarahannya meletus apabila Ludmyla mula mengejek-ejek pemain kesayangannya sedangkan dia ketika itu sedang meraikan sepakan gol Messi.

“Saya sudah tidak tahan lagi. Sejak awal Piala Dunia, Ludmyla se­ring mengejek-ejek pemain kesa­yangan saya dengan mengatakan Messi bermain teruk malah tidak mampu menjaringkan gol semasa sepakan penalti yang penting ketika bertemu Iceland,’’ katanya.

Menurut Arsen lagi, semasa perlawanan menentang Nigeria, dia sangat bimbang tentang persembahan Argentina dan sekali lagi iste­rinya mengejek permainan Messi.

“Saya menjadi marah dan melepaskan geram saya terhadap pemain kesayangannya yang kacak, Ronaldo, pemain Portugal dan dirinya serta semua kelab bola sepak yang digilai Ludmyla, sebelum saya mengambil semua barang dan me­ninggalkannya,’’ katanya.

Keesokan harinya Arsen dilaporkan telah pergi ke pihak pendaftaran sivil di Chelyabinsk dan memfailkan perceraian.

Sebelum ini, pasangan tersebut yang merupakan peminat fanatik bola sepak bertemu dalam sebuah bar sukan di Chelyabinsk semasa Piala Dunia 2002 dan minat itu membawa mereka ke jinjang pelamin.

Walaupun kedua-dua mereka meminati dua kelab bola sepak Moscow yang bermusuhan, Spartak Moscow dan CSKA Moscow tetapi ia tidak menghalang mereka untuk bersatu. - Utusan Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...