Skip to main content

Shahrir Minta Semua Ahli UMNO Bertenang Ekoran Penyokong Najib Laung Lawan Tetap Lawan Di Depan Ibu Pejabat (SPRM)


Tan Sri Shahrir Abdul Samad meminta semua anggota Umno bertenang dan mematuhi serta menghormati undang-undang negara ekoran penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysiakini, Bekas anggota parlimen Johor Bahru itu meminta semua anggota Umno bertenang ini kerana penahanan Najib itu perlu ada bukti dan kes yang kuat supaya ia bukan sekadar hanya memenuhi senario yang diada-adakan.

"Secara tidak langsung, kita akan pastikan juga undang-undang diaplikasikan agar tidak hanya menjadi sebahagian daripada senario yang berlaku semata-mata," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu beliau menerima RM1 juta daripada Najib.

Sehubungan itu Shahrir berkata Najib pernah berpesan kepadanya supaya Umno jangan membiarkannya seorang diri berdepan dengan tuduhan.

Najib dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Sebentar tadi Kira-kira 50 hadir di luar bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya malam ini bagi menunjukkan sokongan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini dalam tahanan agensi itu.
 

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Pemantau Malaysia Baru mengetuai penyokong Najib melaungkan slogan 'Hidup Najib dan 'Tangkap Mahathir'.

Mereka juga didengar melaungkan slogan 'lawan tetap lawan' dan 'undur DAP'.

Slogan 'lawan tetap lawan' digunakan ketika gerakan Reformasi pada 1998 yang dicetuskan oleh pemecatan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden NGO itu, Datuk Lokman Noor Adam yang juga merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno, selain bekas panel pemikir Jawatankuasa Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz.

Hadirin mula berkumpul sekitar 8.30 malam tadi dan dijangka bersurai 11 malam nanti.

Berucap kepada hadirin dan media, Tun Faisal mempersoalkan penahanan Najib yang disifatkannya sebagai tidak adil.

"Siapa yang beri kuasa kepada Pasukan Petugas Khas 1MDB untuk menahan Najib? Hari ini mereka keluarkan arahan untuk tangkap Najib.

"Sepatutnya SPRM yang keluarkan arahan. Majlis Peguam mana? Suhakam mana? Semua senyap. Mana aktivis (hak asasi)?" katanya.

Lokman turut menyifatkan penahanan Najib bertujuan melemahkan semangat bekas perdana menteri itu.

"Kedaulatan undang-undang ditukar menjadi undang-undang rimba. Beliau memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. Perlukah beliau ditahan? Untuk apa?

"Ini untuk melemahkan semangat beliau. Untuk buat beliau putus asa. Tapi Najib kekal kuat," katanya.

Sepasukan anggota polis turut dilihat hadir memantau situasi. - Malaysiakini.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut