Skip to main content

"Saya Didera Sepanjang 20 Tahun Perkahwinan, Rumahku Nerakaku"- Ziana Zain


Siapa sangka walaupun usia perkahwinannya telah menjangkau 20 tahun namun sebenarnya sepanjang perkahwinannya bersama suami ibarat hidup di dalam neraka.

Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana telah di ijab kabulkan pada 9 Mei 1998 bersama pasangannya Armin Zaharin dan kini usia perkahwinan mereka telah mencecah 20 tahun tetapi siapa sangka sebenarnya Ziana terpaksa menelan segala kepahitan sepanjang perkahwinannya.

Ziana mendakwa bahawa hidupnya umpama di dalam neraka semenjak seawal empat bulan selepas perkahwinan dan dia terpaksa menanggung segala penderaan mental yang dilakukan oleh suaminya secara bersendirian.

Ziana yang sememangnya tidak pernah menceritakan hal rumah tangganya kepada media memberitahu bahawa tiada sesiapa yang tahu apa yang terpaksa dilaluinya di dalam rumah tangga kerana sejak dahulu lagi dia telah di ajar oleh ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain.

'Bagi orang lain rumahku syurgaku tapi tidak bagi saya serta anak-anak yang menganggap rumahku adalah nerakaku, malah selepas selesai kerja pun saya seolah-olah trauma untuk pulang ke rumah, tengok pagar pun dah meraung belum masuk lagi,"katanya sambil menangis.

Ziana sendiri pun tak menyangka bahawa dia akan didera secara mental oleh suaminya sehinggalah usia perkahwinan mereka menginjak ke 20 tahun.

Suaminya sanggup melemparkan kata-kata yang kurang sopan tidak kira di mana sahaja termasuklah di tempat awam mahupun di hadapan keluarga tanpa memikirkan perasaan saya serta nak-anak.

'Bayangkanlah bagaimana keadaan yang terpaksa saya hadapi dan kini tahap kesabaran saya dah maksima malah anak-anak pun sampai tak nak keluar dengan Armin kerana berasa malu jika mereka diherdik dihadapan orang,"katanya lagi.

Kini usia saya pun dah mencecah 50 tahun dan saya pun dah tak mampu untuk menahan penderitaan lagi, cukuplah 20 tahun saya berbakti kepadanya serta cuba untuk memberikan yang terbaik buatnya.

"Jangan cakap saya tak jalankan tanggung jawab saya sedangkan walaupun bekerja sekalipun saya tetap memasak untuknya dan anak-anak tapi cuba dia tanya diri dia sendiri apa tanggungjawab dia terhadap saya serta keluarga," katanya.

Menurut Ziana penderitaan tersebut bukan hanya dia yang merasai malah anak-anaknya turut terkena tempiasnya sehinggakan salah seorang anaknya terpaksa menerima rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas mengalami simptom kemurungan sejak seawal usia 14 tahun.

Anak-anak pun dah mula mempersoalkan tindakan Armin dan sampai bila mereka terpaksa menanggung semuanya kerana tindakan Armin itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang bergelar suami atau bapa.

"Anak-anak sampai beritahu saya, Ma Don't died," katanya yang sebak dengan kata-kata anaknya.

Semenjak suaminya itu tidak berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun yang lalu, Armin tidak pernah mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Tetapi sepanjang kehidupan bersama saya sentiasa berusaha untuk mencukupkan keperluan keluarga tanpa pernah mengungkitnya dan saya anggap ini adalah rezeki kami sekeluarga tapi bila dia buat saya macam ini saya tidak akan tunggu lagi.

Sedangkan semuanya saya yang sediakan, Armin hanya duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah malah saya sendiri pun tak percaya saya mampu bersabar sampai ke kemuncaknya.

"Saya boleh katakan saya manusia yang paling sabar, kalau orang lain anak pertama pun dah bercerai tapi saya boleh tunggu lagi walaupun dia buat macam ini dengan saya,"katanya.

Sampaikan ibu serta bapa saudara Armin pun tidak sangka saya boleh bersabar dengan Armin hinggakan mak saudara dia pun cakap dengan saya, "kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie?.

Kalau mak saudara pun sampai cakap macam itu maksudnya apa kata Ziana Kepada media selepas sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.-Astro Awani

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...