Skip to main content

Pakatan Harapan Dah Mula Naik Tocang, Mabuk Dalam Kuasa Baru.


Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menganggap kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sekarang sudah semakin melampau, Dah mula naik tocang ! Mabuk dalam kuasa baru. 

Dulu mereka perjuangkan hak kebebasan bersuara, boleh berbeza pendapat dan mengkritik kerajaan. Bila dah jadi kerajaan, mula tunjuk taring dan menyergah sana sini terutama ketika berdepan dengan pengkritik mereka.

Ermmm, tidak ku rasa gerun walau guruh berdentum dentam, kata bekas anggota parlimen Temerloh itu, jika sebelum ini HARAPAN memperjuangkan hak kebebasan bersuara, kini gabungan terbabit bertindak sebaliknya.

Malah kata Nasrudin pemimpin kerajaan mula menunjukkan sifat sebenar mereka selepas berkuasa.

"Dah mula naik tocang! Mabuk dalam kuasa baru," katanya melalui kemas kini hantaran di Facebook.

Mengiringi kenyataan itu ialah pautan kepada berita disiarkan Malaysiakini semalam.

Laporan itu memetik pandangan seorang wakil rakyat PKR mengenai kenyataan Nasrudin berhubung pelantikan individu bukan Islam mengisi tempat penting dalam sektor perundangan negara.

Mula sergah sana-sini

Menurut Gooi Hsiao Leung tiada tempat untuk pemimpin PAS seperti Nasrudin di negara ini kerana mengamalkan budaya politik agama dan perkauman.

Kata anggota dewan undangan negeri Bukit Tengah di Pulau Pinang itu Nasrudin ada "niat yang jelas untuk menyemai kebencian kaum dan agama" di negara ini dengan membuat kenyataan mengenai pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara dan Liew Vui Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri di bahagian undang-undang.

"Ini adalah menyalahgunakan kebebasan bersuara, menyalahi undang-undang dan kata-katanya yang berniat jahat mesti dikutuk sekeras-kerasnya.

"Tiada asas untuk mengatakan tokoh-tokoh yang dihormati itu akan berprasangka atau bertindak secara tidak adil terhadap umat Islam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka," kata Gooi.

Menurut Nasrudin selepas memperoleh kuasa HARAPAN kini tidak lagi membenarkan pihak yang tidak sependapat dengan mereka menyatakan pandangan.

"Apabila dah jadi kerajaan, mula tunjuk taring dan menyergah sana-sini.

"Ermmm, tidak kurasa gerun walau guruh berdentum-dentam," katanya bersemangat. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...