Powered by Blogger.

Tuesday, July 17, 2018

Najib Lagi Layak Jadi Ketua Pembangkang Dari Zahid, Sindir Azmin


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali mengusik Datuk Seri Zahid Hamidi dengan berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lebih layak menjadi ketua pembangkang.

“Saya kira Pekan lagi layak jadi ketua pembangkang,” kata Azmin di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab.

Azmin berkata demikian selepas Zahid membenarkan Najib, bekas perdana menteri, bertanya soalan tambahan bagi pihaknya, yang jarang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Dewan mengumumkan Zahid sebagai ketua pembangkang.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan terdahulu tidak mendedahkan banyak kos tersembunyi berkenaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Azmin berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak berhubung status projek HSR. - Malaysiakini