Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar pembekuan akaun bank beliau dan anak-anaknya dan menyifatkan langkah itu sebagai zalim.
Najib berkata beliau hanya sedar akaun peribadinya dibekukan selepas ceknya untuk membayar bil perubatan anaknya ditendang bank.
“Tindakan tidak wajar agensi (kerajaan) dan masa akaun saya dibetulkan itu adalah tidak wajar.
“Saya kecewa dengan tindakan itu, masanya dan amalan zalin oleh kerajaan hari ini,” katanya.
Puteri Norlisa, anak perempuan Najib dengan isteri pertama Puteri Zainah Tengku Iskandar dilapor menghidap kanser tahap empat (akhir).
Beliau dilapor mengalami masalah membayar bil hospital susukan pembekuan akaun banknya.
Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini bagaimanapun berkata beliau difahamkan akaun bank anak-anaknya tidak lagi dibekukan bermula pagi ini.
Beliau justeru berkata, tindakan itu membuktikan pembekuan sebelum ini sebenarnya tidak berasas.
Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Najib berkata pembekuan akaun bank sebenarnya tiada kena mengena dengan siasatan yang sedang berjalan terhadapnya.
Katanya, akaun peribadinya hanya digunakan untuk menerima gaji sebagai anggota parlimen dan bayaran pencen sebagai bekas menteri besar Pahang.
Sebelum ini, Puteri Norlisa, anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghidap kanser tahap empat (akhir), dilaporkan tertekan susulan pembekuan akaun banknya.
Adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin berkata, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norlisa, 37, sukar membayar bila hospital bagi rawatan kimoterapi bagi kanser darah, lapor Utusan Online.
“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser.
“Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.
“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata.
SPRM baru-baru ini dilapor membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman dan Mohd Nizar susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.
Norlisa dilapor dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu dan kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.
“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.
“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata.
Laporan itu tidak menyebut Norlisa dirawat di hospital mana.
Nazifuddin berharap kerajaan Pakatan Harapan lebih prihatin terhadap nasib kakaknya.
Sementara itu, Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini mendedahkan cek peribadinya untuk membayar bil hospital anaknya ditendang bank.
Perkara itu membuatkan beliau sedar akaun banknya dibekukan. - Malaysiakini