Kenyataan Ellie 'Manifesto HARAPAN, Babi Pun Boleh Terbang' Makan Diri Dikecam Follower Sendiri.


Pelakon Ellie Suriaty kelihatan tekal dengan sikapnya tegar mempertahankan UMNO serta bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan tidak menyokon kerajaan baru yang telah banyak membuat perubahan dalam Malaysia.

Semalam Ellie Suriaty telah memuat naik sebuah video di saluran Instagramnya dengan kata-kata pedas, mengumpamakan seekor babi yang sedang berenang sebagai kerajaan baru Pakatan Harapan.
 

Ellie berkata, kerajaan baru Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan janji Manifesto yang digembar-gemburkan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu sehingga UMNO kalah teruk.

Semasa kempen PRU Ke-14 Pakatan Harapan janji sampai babi pun boleh terbang, kempen janji-janji 100 hari Manifesto Pakatan Harapan berkobar-kobar macam sebuah mitos katanya.

Menurut Ellie, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang parlimen 19 Julai lalu menjelasan mengenai pelaksanaan janji manifesto Pakatan Harapan bukan ada dalam bible.

"Sekarang sudah jadi kerajaan baru Pakatan Harapan, jawapan kepada mitos manifesto Pakatan Harapan yang tak dapat di tunaikan adalah... Manifesto janji 100 hari Pakatan Harapan."

"Bukan ada dalam bible, bukan ada dalam kitab suci. Manifesto janji 100 hari Pakatan Harapan cuma garis panduan saja. Hmmh! Garis panduan apa tu?" katanya lagi.

"Mesti jawabnya: Saya tak tahu'... Kini babi tak boleh terbang lagi... Babi berenang-renang pula dalam sungai yang nyaman! Oh ya, ternakan babi akan dinaik taraf juga! Tahniah kerajaan baru Pakatan Harapan," katanya.

Sebelum ini, pada sidang parlimen 19 Julai yang lalu, Ahli Parlimen Rembau Khair Jamaluddin bertanyakan tantang Manifesto janji 100 hari Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat beberapa halangan perlu diselesaikan sebelum menunaikan Manifesto janji 100 hari Pakatan Harapan dapat ditunaikan.

Namun keriman video itu memakan dirinya sendiri, apabila Ellie Suriaty dikecam oleh pengikutnya sendiri sebagai meroyan. - Malaysiakini