Skip to main content

Saya Sanggup Berdebat Tapi Dengan Syarat - Ahmad Zahid


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sanggup 'masuk gelanggang' debat Presiden UMNO bersama dua lagi pesaingnya yang dijadual disiarkan secara langsung untuk dihakimi rakyat dan ahli pada 29 Jun ini.

Bagaimanapun, beliau meletakkan syarat bahawa perdebatan bagi merebut jawatan nombor satu parti itu tidak seharusnya bersandarkan memecahbelahkan UMNO, sebaliknya meraikan perbezaan pendapat.

"Saya nak mengimbau kata-kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, bahawa usah ada perdebatan kerana ini soal rumah tangga dan hal ehwal keluarga. Justeru, sepatutnya tidak disajikan di depan halaman atau tepi jalan sambil disaksikan mereka yang lalu lalang.

"Mereka akan lihat kita ada permasalahan, tapi jika niat (penganjuran debat) bukan meretakkan UMNO sehingga sekurang-kurangnya kepada dua atau tiga kelompok, maka saya sanggup bersiaran di Bagan Datuk," katanya pada temu bual khas dengan Astro Awani, malam tadi.

Ahmad Zahid sebelum ini berpegang kepada pendirian bahawa sebarang penganjuran debat disifatkan tidak sihat dalam merintis usaha membangkitkan roh UMNO yang hampir rebah susulan tumpas mengejut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Cabaran debat Presiden UMNO yang mulanya dilontarkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pada Selasa lalu, hanya disahut Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin ketika sidang media di Menara Dato' Onn, dekat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), keesokan harinya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pendirian untuk tidak berkongsi pentas di studio bersama dua lagi pesaing debat berkenaan adalah selaras tekadnya sebelum ini dalam menyantuni perjuangan di peringkat akar umbi, iaitu di 'kubunya' di Bagan Datuk.

"Saya pemimpin yang datang dari akar umbi. Justeru, tidak akan sesekali mengetepikan jemaah kerana amanah di bahu ini adalah untuk mengambil peduli hal ehwal mereka (di Bagan Datuk).

"Lagi pun keesokan harinya (30 Jun) adalah proses pengundian yang akan dijalankan secara serentak, merangkumi peringkat cawangan, bahagian dan nasional. Justeru, ia penting kepada saya untuk berada dengan jemaah," katanya.

Menyentuh rentak perubahan digagaskan UMNO, Ahmad Zahid berkata, DNA seluruh ahli harus berubah daripada kerajaan kepada pembangkang supaya roh baharu yang akan ditiup dalam parti keramat itu berupaya dibangkitkan semula.

Menyifatkan penjenamaan semula itu bukan tugas mudah, beliau berkata, hakikat 'pahit' berkenaan perlu dipahat dalam sanubari masing-masing mulai daripada sekarang, bukan mengambil pendekatan untuk terus dibayangi nostalgia dan dibelenggu sindrom penafian.

"Ini tidak mudah kerana ia membabitkan pertukaran set minda, roh, pendekatan dan kegiatan yang akan dijalankan. Kita mungkin berdepan cabaran getir kerana selama ini sentiasa berada dalam zon amat selesa.

"Apa sekali pun, tanamkan DNA baru ini sekarang kerana kita harus jadi pemantau kepada kerajaan, selain mencerminkan saingan bernafas baharu kepada bekas pemimpin UMNO (yang kini menganggotai parti seteru seperti PKR)," katanya.- Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...