Skip to main content

'Saya Dulu Selamba Saja Keluar Masuk Lokap' - Rafizi Nasihat Jamal Serah Diri


Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli meminta Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis.

“Saya dulu selamba je keluar masuk lokap; itu asam garam berjuang.”

Rafizi menerusi laman Twitternya meminta supaya Jamal berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis.

Rafizi berkata Jamal sepatutnya yakin terhadap integriti dan ketelusan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tugas.
“Saya nasihatkan Dato Jamal pulanglah dan lapor diri ke balai polis.

"Mereka tidak akan apa-apakan Dato Jamal.

"Mereka tahu mereka dipantau rakyat."

"Saya nasihatkan Datuk Jamal pulanglah dan lapor diri ke balai polis. Mereka tidak akan apa-apakan Datuk Jamal. Mereka tahu mereka dipantau rakyat.

"Saya dulu selamba je keluar masuk lokap, itu asam garam berjuang. Pulanglah Datuk Jamal," katanya menerusi Twitternya hari ini.

Jamal yang didakwa berada di Indonesia kini dikenakan waran tangkap oleh PDRM yang turut meminta kerjasama pihak berkuasa Indonesia membantu memburunya.

Pengerusi Gerakan Baju Merah itu sudah didakwa atas tiga kes iaitu mempamerkan senjata api serta dua kesalahan lain ketika di Hospital Ampang Puteri, Ampang, 25 Mei lalu dan masih mempunyai baki enam kes yang belum dituduh.

Bagaimanapun dia menghilangkan diri selepas diberikan ikat jamin dan tidak sempat untuk menyelesaikan proses berkenaan.

Selepas gagal hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, kelmarin, dia tiba-tiba muncul dalam rakaman video di sebuah ladang kelapa sawit yang tidak diketahui lokasinya dan mendakwa keselamatan diancam.

Dalam pada itu, Mohd Rafizi juga berterima kasih kepada penyokongnya yang mendoakan supaya kesnya di mahkamah semalam dipermudahkan.

"Saya ditanya adakah saya perlu lapor diri ke mahkamah tiap-tiap bulan sebagai syarat berkelakuan baik. Sebenarnya tidak, tapi apa pun insya-Allah saya tidak akan lari ke ladang kelapa sawit," katanya.

Semalam beliau dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, terhadap kesalahan mendedahkan kandungan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas mengetepikan hukuman 18 bulan penjara yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan itu sebelum ini.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...