Skip to main content

Barisan Nasional Setuju Bayar EX-Gratia RM5 Juta Pada Arul Kanda?


Sebelum ini Arul Kanda Kandasamy berkata 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak pernah memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB.

Hari ini lain pula ceritanya, Menurut laporan  Malaysiakini, pentadbiran BN yang lalu bersetuju untuk memberikan bayaran ex-gratia berjumlah RM5 juta kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan memberikannya cuti sehingga kontraknya tamat pada 30 Jun, kata sumber.

Malaysiakini juga melihat komunikasi antara Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah - Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu.

Menurut sumber, separuh daripada jumlah bayaran - RM2.5 juta - akan dibayar selepas kontrak Arul Kanda tamat. Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sama ada separuh utama sudah dibayar atau tidak.

Malaysiakini tidak dapat menghubungi Najib, pembantunya atau Irwan bagi mengesahkan perkara itu. Arul Kanda juga tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan Malaysiakini.

Rabu lalu, Arul Kanda - yang diberi kontrak enam bulan - memberitahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang beliau diberikan cuti.

Ia menandakan beliau dalam proses meninggalkan syarikat itu tetapi diarahkan untuk tidak ke pejabat. Beliau bagaimanapun masih dibayar gaji.

Arul Kanda merupakan salah seorang pegawai utama 1MDB yang dipanggil Lim untuk memberi penjelasan tentang status syarikat itu.

Kementerian Kewangan adalah satu-satunya pemegang saham 1MDB.

Arul Kanda dibawa masuk menyertai syarikat itu pada Januari 2015 ketika ia berdepan masalah aliran wang tunai.

Beliau merupakan arkitek utama dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB yang menjual aset-aset syarikat itu untuk membayar hutang yang ditanggung.

Namun begitu, kerajaan HARAPAN mendedahkan pentadbiran terdahulu telah membayar RM6.98 bilion bagi pihak 1MDB kepada peminjam.

Laporan sebelum ini mengesahkan sebanyak RM1.199 bilion ditebus daripada Khazanah Nasional Bhd Ogos lalu dan tanah kerajaan dijual kepada Bank Negara Malaysia Disember lalu bagi meraih dana.

Najib telah mempertahankan cara pentadbirannya menguruskan hutang 1MDB.

Beliau berkata Kementerian Kewangan telah memiliki aset 1MDB - termasuk hartanah - dan maka perlu menggalas kewajipan hutang syarikat itu.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...