Skip to main content

Kes NFC Akan Dibuka Semula.


Susulan siasatan baru ke atas skandal 1MDB, kerajaan Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa kes seterusnya akan dibuka semula ialah isu National Feedlot Corporation (NFC).

Dalam hantaran ke laman Facebook parti AMANAH, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata kes berkenaan akan dibuka semula “selaras dengan manisfesto Pakatan Harapan yang mahu setiap kes membabitkan skandal penyelewangan dibuka semula.”

Salahuddin, yang juga timbalan presiden AMANAH, juga memberitahu Astro Awani bahawa beliau akan mencadangkan kepada kabinet bahawa projek kontroversial penternakan lembu dan projek pembekalan daging lembu itu diteruskan.

Beliau dilaporkan berkata ini kerana projek berkenaan akan disemak dan jika perlu, dijenamakan semula, kerana beliau merasakan ia masih dapat memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya perlu lebih objektif, kita tidak mahu membalas dendam, tetapi saya ihat bahawa matlamat NFC adalah baik.

"Dengan NFC, sekurang-kurangnya kita dapat mencapai 30 peratus bekalan (daging lembu) untuk kegunaan tempatan. Saya yakin belia akan berminat dalam bidang penternakan (lembu) dan oleh itu, kerajaan akan membantu mereka," kata Salahuddin yang dipetik dalam wawancara malam tadi.

Beliau berkata, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi di Negeri Sembilan, serta di Segamat dan Muar di Johor, yang boleh digunakan jika projek itu diteruskan.

Sebelum ini Naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) enam tahun lepas.

Mohd Rafizi, 41, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank pengerusi NFC Datuk Seri  Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita akhbar The Star Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Johari, 47, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta sama.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...