Skip to main content

Haprak... Penipu Semuanya, Anwar Gesa Media Berhenti Mengampu Kerajaan.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan media supaya menghentikan amalan mengampu pemimpin kerajaan dengan menyiarkan berita-berita yang elok tentang mereka.

Mengulas lanjut, Anwar berkata cara media mengampulah maka pemimpin rosak dan menegaskan media bebas untuk mengkritik kerajaan sementara kerajaan perlu bersedia menerima kritikan.

Berucap dalam ceramah di Seberang Jaya malam semalam, Anwar berkata beberapa contoh bagaimana media sebelum ini mengampu pemimpin ialah dengan secara palsu bercakap besar tentang isu seperti pendidikan dan ekonomi.

“Haprak, penipu semuanya. Sebab itu kita mesti terima kenyataan dan media seperti mana suara rakyat harus bebas untuk memberikan pandangan dan teguran dan pemimpin tidak harus bertindak melenting seperti pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau.

Anwar Ibrahim juga menggesa media supaya menjadi suara rakyat dan bukan pengampu kerajaan dalam memainkan peranan semak dan imbang di negara ini.

"Memang baru-baru ini rasa sangat gembira semua sokong Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Tapi setelah keadaan reda media berhak menegur dan mengkritik kerajaan negeri dan persekutuan," katanya pada ceramah pertamanya di Permatang Pauh sejak mendapat pengampunan diraja 15 Mei lalu.

Kata Anwar lagi, media sebelum ini mengampu pemimpin dengan memberi gambaran palsu tentang isu seperti pendidikan dan ekonomi.

“Pemimpin terbaik di dunia. Ekonomi terbaik di dunia. Pendidikan? Terbaik di dunia. Kesihatan? Terbaik di dunia. Pertanian? Terbaik di dunia. Kilang? Terbaik di dunia. Gaji? Terbaik di dunia.

“Haprak, penipu semuanya. Sebab itu kita mesti terima kenyataan… media seperti mana suara rakyat harus bebas untuk memberikan pandangan dan teguran dan pemimpin tidak harus bertindak melenting seperti pemimpin Umno,” katanya.

Anwar berkata beliau sendiri tidak terlepas daripada kritikan apabila media melaporkan beliau menaiki kapal terbang kerajaan untuk ke Kelantan bersama isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya sekadar menemani Wan Azizah kerana bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid menjemput mereka sekeluarga berkunjung ke istana di Kota Bahru. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...