Cendawan Lepas Guruh Dapat Sambutan Hangat


JEMPOL- Bagi keluarga ini mungkin sesetengah orang berpendapat cendawan busut yang tumbuh meliar tidak boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.Namun,itulah yang dilakukan oleh keluaraga ini selepas tumbuhan tersebut didapati tumbuh di kebun sawit FELDA Pasoh.

Sahran Siran, 42,telah dibantu oleh anaknya Mohamad Norshafiq, 20, dan Mohd Norshariq, berusia tujuh tahun.Bagi mereka ianya sudah menjadi rutin harian untuk mengutip cendawan kerana perminataan yang tinggi dari penduduk tempatan.
Menurut Mohamad Norshafiq,yang masih belajar di sebuah kolej,dia memanfaatkan hari cuti dengan membantu bapanya mengutip cendawan tersebut.

Dengan hasil jualan cendawan ini dapat lah mereka sekeluarga mencari duit tambahan.

Apa yang menarik mengenai cendawan liar ini adalah,ianya akan tumbuh selepas guruh terutamanya pada waktu malam.

Kata Sahran,dia tidak mengetahui apa kaitan cendawan ini dengan bunyi guruh,namun daripada pengalamannya cendawan ini akan banyak tumbuh selepas guruh terutama sekali pada waktu malam.

Mohamad Norshafiq menjelaskan kebiasaanya selepas bunyi guruh pada waktu malam,dia dan bapanya akan menvari cendawan itu yang tumbuh meliar di dalam kebun kelapa sawit pada keesokan paginya.

Selain itu,dia dan juga bapanya perlu masuk ke kawasan kebun kelapa sawit sebelum matahari terbit supaya mudah dilihat.

Selepas cendawan ini dikutip,ianya akan dibasuh sehingga bersih dan diikat sebelum dijual kepada orang ramai.Rata-rata pembelinya adalah orang kampung berkenaan yang menyatakan cendawan ini sedap dimasak lemak cilik api ataupun sup.

Harga bagi 15 tangkai cendawan berharga RM5 seikat.Kadaang kala hasil daripada penjualan cendawan busut ini hingga mencecah RM200.Editor-Sofia