Cara Diana Danielle Pakai Tudung Di Kecam Netizen


Tidak lama lagi bulan Syawal bakal menjelma,jadi sudah banyak koleksi-koleksi baru mula di keluarkan semperna mahu menyambut bulan Syawal nanti.

Antara artis yang tidak menang tangan menguruskan koleksi semperna Hari Raya adalah Hanis Zalikha,Vivy Yusof dan ramai lagi.

Baru-baru ini Hanis Zalikha telah membuat pelancaran koleksi tudung terbarunya,dan sebagai tanda sokongan kepada rakan baiknya itu Diana Danielle juga turu hadir semasa majlis pelancaran itu berlansung bersama anaknya Aurora.


Menerusi beberapa keping gambar yang telah dimuatnaik oleh Diana sekitar majlis tersebut rata-rata netizen mula mempertikaikan cara pemakaian scarf Diana.


Ada juga yang beranggapan gaya yang dikenakan oleh Diana langsung tidak bersesuaian dengan cara pemakaian bajunya kerana jelas menanpakkan bahagian dadanya.Para netizen juga menyatakan supaya beliau lebih menghormati bulan ramadan dengan menutup sepenunhnya bahagian rambut dan bahagian-bahagian yang lain. 

Namun,ada juga netizen yang menyokong dan mempertahankan cara pemakaian scraf artis ini dengan menyatakan itu adalah cara pemakaian tudung orang dahulu kala.