Skip to main content

Apandi Ali Boleh Didakwa Kes SRC Pemindahan RM42 Juta Ke Akaun Peribadi Najib.


Peguam Negara yang diarahkan bercuti, Tan Sri Apandi Ali jika terbukti ada kes, boleh dikenakan pertuduhan jenayah kerana tidak mendakwa Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini Apandi Ali menggatakan tiada apa-apa kesalahan terhadap kes pemindahan RM42 juta dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB ke dalam akaun peribadi bekas presiden Umno itu.

Menurut pemimpin AMANAH Hanipa Maidin, jika diandaikan peguam negara yang baru nanti memutuskan akan mendakwa Najib di mahkamah bagi kes pemindahan RM 42 juta tersebut, berkemungkinan besar Peguam Negara itu juga berhadapan risiko yang besar untuk didakwa dengan pertuduhan jenayah," kata Hanipa dalam suatu kenyataan hari ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Hanipa berkata hal ini walaupun perlembagaan memperuntukkan peguam negara memiliki budi bicara sama ada untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang.

"Ya , benar di bawah Artikel 145 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan , seorang Peguam Negara ada budi bicara untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah.

"Lagipun, jika budi bicara itu dilihat telah secara sengaja disalahgunakan bagi melindungi seorang penjenayah yang jelas melakukan jenayah, saya tidak fikir budi bicara tersebut boleh melindungi hatta seorang peguam negara," kata Hanipa yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, anggota parlimen Sepang itu memaklumkan beliau tidak mahu membuat spekulasi.

"Namun, seperti yang saya kata, saya tidak mahu berspekulasi. Kita tunggu lah sama-sama tindakan peguam negara yang baru nanti," katanya.

Pada 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali telah diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta.

“Pada masa ini soal gantung (AG) ini perlu beberapa tindakan, sebab kita nak dia diberi cuti, sementara dia cuti, maka solicitor general (peguamcara negara) ambil alih tugasnya,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya.

Sehari selepas meninggalkan tugasnya, kerajaan mengeluarkan perintah larangan Apandi daripada meninggalkan negara.

Pada Januari 2016, Apandi Ali membebaskan Najib daripada sebarang unsur rasuah dan tidak menyalah guna kedudukannya dalam siasatan SRC International.

Katanya, beliau mendapati bahawa tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Najib menyalah guna kedudukannya dan memberi kelulusan jaminan wang pinjaman RM4 bilion oleh syarikat berkenaan daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) (KWAP).

"Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri mengetahui atau dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun beliau.

"Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa material, perdana menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke dalam akaun beliau sebelum itu," kata Apandi.

Kertas siasatan berhubung SRC International dan wang dana RM2.6 bilion dikemukakan oleh SPRM pada 31 Disember 2015. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...