Apa Hukum Menunaikan Solat Tarawih Di Rumah Secara Bersendirian?


Mungkin ada di antara anda yang tidak berkelapangan untuk ke masjid menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid berdekatan kerana kengkangan masa,mempunyai anak yang masih kecil dan sebaginya.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah hukum sekiranya melakukan solat tarawih secara bersedirian di rumah?

Menurut Al-Syeikh Al-Buhuti Rahimahullah,dalam kitabnya Daqaiq Uli Al-Nuha (1/2245):
Melakukan solat tarawih di masjid adalah lebih afdhal berbading yang lain,kerana baginda SAW menunaikannya bersama orang ramai selama tiga hari berturut-turut.Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh A’isyah R.anha,Rasulullah SAW bersabda" Barang sesiapa melakukan qiyam bersama imam sehingga lah selesai solat nya,akan tertulis ganjaran baginya qiuam sepanjang malam.(Riwayat Ibn Majah (1327)

Selain itu Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah juga mempunyai pendapat yang sama didalam hujahnya berkenaan dengan hadis di atas.


Ditanyakan kepada Imam Ahmad : Adakah engkau suka lelaki solat bersama orang ramai (secara berjamaah) pada bulan Ramadan atau kau suka dia solat secara bersendirian ? Jawab Imam Ahmad: Aku suka solat berjemaah bersama dengan orang ramai,dan aku juga suka sekiranya dia solat bersama dengan imam dan turut witir bersamanya.

Sebagaimana sabda Nabi saw : "Sesungguhnya seorang lelaki itu apabila dia qiyam bersama dengan imam sehingga imam selesai, nescaya dituliskan untuknya ganjaran qiyam sepanjang malamnya”.
Imam Ahmad berkata lagi: Dia qiyam secara berjemaah dan melakukan soalt witir bersama mereka sehinggalah imam selesai.Kata Abu Daud: Aku melihat Imam Ahmad Rahimahullah, beliau berwitir pada bulan Ramadan bersama imamnya kecuali pada malam yang aku tidak menghadirinya. Lihat Tuhfah Al-Ahwaazi, Al-Mubarakfuri (3/448).

Jawapan bagi persoalan hukum melakukan solat tarawih secara bersedirian di rumah adalah dibenarkan dan solat anda sah.Namun,solat tarawih lebih afdal dilakukan secara berjemaah.Ini dapat dilihat dari sabda Nabi SAW dan keterangan lain di atas.Sumber:Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri.Editor;Sofia