Skip to main content

Akta Anti Berita Palsu Akan Dimansuhkan


Akta Antiberita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April lepas akan dimansuhkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, hari ini.

Beliau berkata, cadangan bagi memansuhkan akta tersebut akan dibawa kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ia dapat dihapuskan secepat mungkin.

“Saya ada satu senarai yang kami perlu kaji. Saya akan adakan sidang media esok untuk beritahu secara khusus. Kita ada Akta Antiberita Tidak Benar. Sepertimana yang disebut dalam manifesto Pakatan Harapan, kami akan memansuhkannya.

“Kami akan tetapkan tempoh masa, 100 hari yang pertama kami harus menunaikan tetapi berapa banyak masa yang diperlukan saya akan bincangkan dengan pegawai-pegawai saya esok. Memang saya akan lakukan dan mula bertugas tepat 8.30 pagi esok,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 Menteri Kabinet yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu istiadat di Istana Negara.

Selaku menteri yang baharu di kementerian berkenaan, Gobind, 45, berkata kebebasan media menjadi agenda utamanya dan beliau komited dalam hal itu, yang menjadi antara perkara yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Namun, katanya perkara itu perlu dibuat rujukan berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Kebebasan media adalah keutamaan saya. Media membuat berita dan syarikat penerbitan terikat dengan undang-undang sedia ada jadi kami perlu melihat dari segi itu dan kami harus mencari kaedah yang kita boleh tingkatkan kebebasan akhbar di negara ini. Dan saya komited untuk melakukannya.

“Saya akan wujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan supaya mereka dapat lihat kepada impak undang-undang setakat ini, di mana ada kelemahan dan kami akan cuba perbaiki,” katanya.

Antara perkara lain yang akan dikaji semula termasuk beberapa undang-undang berkaitan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang berkaitan aduan dan siasatan terhadap beberapa kes yang dilaporkan.

Selain itu, Ahli Parlimen Puchong itu berkata beliau turut akan memberi perhatian serius terhadap keseluruhan aspek laporan berita dan mencari jalan bagaimana sistem televisyen tempatan dapat bersaing dengan saluran media antarabangsa.

Katanya, media tempatan perlu mempelajari daripada media antarabangsa untuk lebih berpengetahuan dalam penyampaian berita.

Gobind yang juga Timbalan Pengerusi DAP memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Warwick Britain dan Jurusan Undang-Undang dari Lincoln’s Inn.

Beliau diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada 1996 dan meneruskan legasi ayahnya iaitu bekas pemimpin veteran DAP mendiang Karpal Singh.

Penglibatan Gobind dalam bidang politik bermula 10 tahun lalu sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat sehingga kini dan pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DAP Selangor sejak 2015 hingga tahun lepas. - Bernama

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...