Powered by Blogger.

Monday, March 26, 2018

Video- Suspek Gaduh Depan Balai Ditahan Polis Ditahan


Sarawak – Enam orang lelaki ditahan kerana disyaki bergaduh di hadapan Balai Polis Batu 10 di Padawan, Ahad lalu.

Suspek yang berumur antara 20 hingga 27 tahun ditahan pada malam tadi di beberapa lokasi di Padawan.

Kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar mereka dipercayai terdiri daripada dua kumpulan yang hadir ke balai polis pada malam itu untuk membuat laporan berhubung kejadian merosakkan kereta di pasar raya di Batu 10.

Kekecohan yang berlaku pada jam 8.30 malam di hadapan balai polis berkenaan berpunca daripada seorang suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pemandu yang tidak mahu memberi laluan kepadanya.

Kemudian lelaki berkenaan mengekori pemandu kereta tersebut hingga ke pasar raya itu sebelum memcahkan cermin kereta lelaki terbabit.

“Selepas tercetus pertengkaran dan pergaduhan, dua lelaki itu bersama beberapa rakan mereka kemudian pergi ke Balai Polis Batu 10 untuk membuat laporan.

“Bagaimanapun, setibanya di depan balai, dua kumpulan itu masih tidak berpuas hati dan terus bergaduh,” kata Dev

Kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat komen negatif terhadap anggota polis kerana tidak dapat meredakan kekecohan yang terjadi di hadapan balai.

“Siasatan dalaman juga sedang dijalankan (terhadap anggota bertugas) berhubung perkara itu dan polis belum dapat mengulas lanjut ini sehingga siasatan dalaman selesai,” katanya.

“Semua enam suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuching hari ini untuk permohonan reman,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun yang sama kerana perbuatan khianat. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna