Skip to main content

Tahan Sakit Walaupun 'Dipatuk Ular Berbisa' Beratus Kali.


AMERIKA: Seorang lelaki yang bergelar saintis mendakwa bahawa dia kini imun dan tidak akan berasa sakit dengan bisa ular selepas lelaki terbabit bertindak membiarkan dirinya dipatuk dengan beratus-ratus kali oleh reptilia berbisa berkenaan.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Tim Friede, 39, menyatakan bahawa dia dipatuk lebih 200 kali oleh seekor ular berbisa yang dikatakan boleh membunuh dalam tempoh beberapa minit dalam usahanya untuk membantu kajian bagi menghasilkan vaksin bisa ular.

Dalam pada masa yang sama, Friede juga mendakwa bahawa dia adalah satu-satunya manusia di dunia yang boleh terselamat apabila dipatuk ular berulang kali.

Friede juga dipercayai turut membiarkan dirinya dipatuk oleh seekor ular jenis Black Mamba yang mana ular tersebut dianggap paling berbisa di dunia dan boleh membunuh manusia dalam tempoh 15 minit.

Melalui satu temubual dengan The Wizard of Odd TV, Friede dipercayai menunjuk satu aksi di mana seekor ular Black Mamba telah mematuk jarinya sebanyak tiga kali dan sekali patukan di bahagian lengannya.

Tidak sampai dalam tempoh beberapa saat, anggota badannya dikatakan terus membengkak, di mana ia menunjukkan bisa itu mulai masuk ke saluran darahnya.

Selain itu, Friede turut menyatakan bahawa kesakitan yang dialaminya akibat dipatuk ular itu adalah sama seperti dipukul dengan tukul besi tetapi dia selamat kerana badannya mempunyai antibodi terhadap bisa ular hasil kajiannya selama dua dekad.

“Saya mempertaruhkan nyawa saya setiap hari adalah untuk satu tujuan: menyelamatkan nyawa.”

“Saya menyuntik dan membiarkan saya dipatuk ular adalah bertujuan menghasilkan antivenom umum untuk manusia,” katanya lagi.

Dalam tempoh lebih 17 tahun, dia dikatakan telah menggunakan tujuh spesies ular yang berbisa untuk menjadikan tubuhnya imun terhadap bisa.

“Black Mamba adalah ular paling berbisa di dunia dan kesan gigitan pada tangan saya ini akan kekal selama dua atau tiga hari sebelum ia hilang,” jelasnya lagi. Sumber: Harian Metro, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...