Skip to main content

Sedih! Tangannya Di Ketuk Hingga Hancur Dan Dibiarkan Kelaparan,Mujurlah Gadis Ini........


Pada tahun 2015 yang lepas, aku telah tergerak hati untuk berhenti makan di salah sebuah kedai makan di Bangi.Biasanya, aku hanya lalu sahaja di depan kedai tersebut tak pernah makan pun dekat kedai tu. Hari tu hari Jumaat, aku belajar di Bangi sebaik sahaja kelas aku habis aku bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman aku yang terletak di Jengka,Pahang.Maklumlah bila dah belajar ni jauh sikit dari ahli keluarga pun dah mula rindu.

Nak dijadikan cerita, masa aku duduk untuk menjamu selera di kedai makan tersebut macam biasalah aku akan di kerumun oleh kucing-kucing terbiar yang hanya menunggu habuan bagi mengisi perut kecil mereka yang lapar tu.

Aku ni pulak jenis yang memang akan bawa makanan kucing kemana-mana sahaja aku pergi tak kiralah dekat ke jauh memamg aku akan bawa kemana sahaja. Sedang khusyuk aku memberikan anak-anak bulus ni makan tiba-tiba aku terhidu satu bau yang amat busuk seperti bau bangkai dari arah bawah meja tempat aku duduk.

Aku kuatkan semangat untuk melihat apa yang ada dibawah meja makan tersebut. Dup dap dup dap jantung aku berdenyut laju. Takut apa yang aku lihat ni tak tercapai dek akal. Sedikit-demi sedikit aku turunkan kepala ke arah bawah meja.Namun ,pergerakan aku sedikit terbatas disebabkan orang ramai berada didalam kedai tersebut. 

Ya Allah...... Seekor kucing berwarna oren bercampur putih di bawah meja tersebut dengan keadaan tangan sebelahnya terkulai,hancur seperti di ketuk atau digilis sesuatu yang keras . Kejam sungguh  siapa yang memperlakukan Oyen seperti itu.Langsung tidak berperikemanusia sanggup memperlakukan haiwan seperti itu. Mereka juga punya hati dan perasaan sama seperti manusia.

Hati aku menagis melihat keadaan Oyen yang kurus kering dan langsung tidak mahu makan makanan yang aku hulurkan kepadanya. Mungkin sekejap lagi Oyen makan lah tu. Aku cuba sedapkan perasaan ni.


Sebaik sahaja aku melihat keadaan Oyen yang langung tidak mahu makan,terus aku bergegas membawa Oyen ke dalam kereta untuk di hantar ke klinik veterinar. Sebenarnya aku sendiri pun tidak sempat untuk menjamu selera di kedai makan tersebut.

Bayangkan ulat yang ada ditangan Oyen meloncat-loncat keluar merayap di dalam kereta aku,gemuk-gemuk pulak tu. Ahh aku langsung tak kisah itu semua bagi aku nyawa Oyen perlu diselamatkan terlebih dahulu. Kereta boleh di cuci,tapi nyawa mana nak cari?. Aku Pecut laju kereta aku. Bau tak payah cakap memang aku buat keras je. Demi Oyen aku gagahkan!.

Sebaik sahaja sampai di klinik veterinar semua orang yang berada didalam klinik itu pelik melihat aku membawa seekor kucing yang busuk dan kotor. Jujur aku kata doktor pun geli melihat kedaan Oyen. Hati aku pilu. Kau sebagai doktor patutnya itu semua sudah sebati. Tapi aku kuatkan juga semangat demi Oyen.

Aku minta doktor tersebut untuk merawat Oyen terlebih dahulu sebab keadaan Oyen sangat kritikal. Tapi seperti biasalah doktor suruh aku tunggu giliran terlebih dahulu. Aku tunggu dengan penuh sabar,tiba sahaja giliran Oyen doktor yang bertugas membersihkan segala ulat yang pada tangan Oyen.Kesian Oyen ,air matanya seolah-olah bergenang dimata kecilnya menahan kesakitan yang teramat.Hati aku turut menagis melihat keadaan Oyen.

Sebaik sahaja selesai ,doktor membersihkan segala luka-luka yang ada pada Oyen, aku terus membawa Oyen pulang ke rumah. Aku lap badan nya supaya kelihatan bersih,aku bagi makan 'wet food' nahh habis 3 bungkus licin Oyen makan. Lapar barangkali. Tak apalah janji Oyen makan itu sudah memadai bagi aku.Tak adalah dia kelaparan nanti.Oyen terbaring kepenatan.Sayu aku lihat raut wajah Oyen.

Aku duduk bersandar ke dinding,fikiran aku sedang ligat memikirkan macam mana aku nak bela Oyen ni sedangkan aku belajar dan tinggal di asrama. Mak aku pulak dah tua,memang tak berdaya nak uruskan makan minum Oyen nanti.Aku pun kewangan tak stabil,yalah akau kan pelajar cuma harapkan duit elaun tiap bulan je untuk tampung makan minum aku.

Sedang asyik memikirkan soal penjagaan Oyen,tiba-tiba idea bernas muncul. Aku ambil keputusan untuk ceritakan penderitaan Oyen di "Dunia kucing" dengan harapan agar ada insan yang berhati mulia sudi membantu Oyen. Sikit pun jadi lah. Aku tolak tepi soal malu.Janji Oyen sihat semula.

Malam itu juga aku post cerita mengenai Oyen di ruang 'Dunia Kucing'.Aku menanti dengan penuh harapan. Esoknya aku buka semula facebook 'Dunia Kucing', Ya Allah.... Beribu-ribu orang yang like dan kongsi tentang Oyen dihalam mereka. Ramai juga rakyat Malaysia yang masih berhati mulia memberikan Oyen sumbangan dalam 7 ke 8 orang. . Termasuklah ada seorang abang pilot ni transferkan aku duit berjumlah RM200 bagi perubatan Oyen. Dia adalah orang pertama yang memberikan sumbangan dalam jumlah yang amat besar bagi aku. Syukur Ya Allah... Mengalir air mata ni menahan sebak.Mulut tak putus-putus melontarkan rasa syukur kehadrat ilahi.

Hari itu juga aku bawa Oyen ke Serdang,di sana ada satu klinik veterinar yang bagus. Yang paling membuatkan aku sebak, abang pilot tu yang tanggung segala kos perubatan Oyen dari A sampai Z. Aku ke Serdang semata-mata demi Oyen. Sebaik sahaja sampai di veterinar Serdang, doktor menyatakan kepada ku supaya kaki Oyen di potong,kata doktor takut kuman akan merbak jika dibiarkan lama. Aku tiada pilihan lain. Itu semua demi kebaikan Oyen juga.Aku terpaksa akur.


Bermulalah detik hitam bagi Oyen apabila kakinya terpaksa dipotong separuh. Sedih aku tengok raut wajah Oyen.Tiap kali aku tengok Oyen pasti air mata ni bergenang menahan sebak.Mungkin ada yang tak faham dengan apa yang aku lalui ni. Bagi mereka alah haiwan je pun nak menagis meria sangat buat apa. Iya,memang haiwan . Tapi bila kau dah anggap ianya sebahagian daripada kehidupan kau ,memang rasa sayang tu muncul secara tiba-tiba. Padahal aku selama ni mana pernah jaga si Oyen ni. Pertama kali tengok Oyen ,aku terus rasa simpati dan nak sangat pulihkan dia semula.Hanya pecinta haiwan sahaja yang akan faham apa yang aku rasa ni.




Alhamdulillah sekarang Oyen dah pulih sepenuhnya atas pertolongan insan-insan yang berhati mulia.Syukur Ya Allah. Oyen sekarang dah boleh biasakan dirinya tanpa tangan sebelah.Sememangnya Oyen seekor kucing yang bijak dan manja. Sekarang dah gemuk tak macam dulu kurus kering. Terima kasih pada insan yang sudi membantu Oyen dan sentiasa mendoakan kesihatan Oyen.

Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian semua. Berbuat baiklah sesama insan tidak kiralah sesama manusia ataupun haiwan. Mereka juga layak dimanja dan dibelai sama seperti manusia. Kehadiran mereka disetiap kedai makan hanya untuk mengisi perut kecil mereka yang lapar sahaja,janganlah di sepak di halau seperti pengemis yang tidak punya perasaan. Haiwan juga punya perasaan cuma mereka tidak biasa berkata-kata sahaja.
Sumber: Amirah Aini. Editor: Ila Hakimi.

















Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...