Skip to main content

Saya Menafikan Tuduhan Terlibat Skandal Dengan Isteri Orang - Syamsul Debat


Sebelum ini satu laporan dibuat mengenai seorang penceramah bebeas yang menjalinkan hubungan dengan isteri orang. Ekoran dari laporan tersebut pihak polis sedang menjalankan siasatan.

Semalam, satu sidang media di adakan di sebuah restoran di Seremban menemual bual seorang penceramah bebas yang bernama Syamsul Amri Ismail, 41, atau mesra dengan nama gelarannya Syamsul Debat.

Dalam sidang media tersebut Syamsul menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya.

“Saya baru balik umrah semalam dan terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan ada laporan polis mendakwa saya mempunyai skandal dengan isteri orang,”

Menurut Syamsul tuduhan tersebut tidak benar dan dia tidak tahu siapa yang membuat laporan itu serta pihak polis juga masih belum memanggilnya untuk memberi keterangan berhubung perkara itu tetapi ia tiada masalah untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Saya menafikan tuduhan itu. Saya sendiri tidak tahu laporan mengenai apa, motif laporan itu dibuat dan tidak tahu juga sama ada laporan itu bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya.

“Saya tidak terfikir ada orang berdendam kerana setiap hari saya berinteraksi dengan ramai orang dan banyak mengadakan ceramah,” katanya

Syamsul yang datang ke restoran tersebut bersama peguam Datuk T Anandan kelihatan tenang pada sidang media yang berlansung kira-kira 10 minit sebelum berangkat ke Kuala Terengganu untuk program yang berlansung 9 malam semalam.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan mengenai penceramah bebas yang mempunyai skandal dengan isteri orang yang dibuat seorang lelaki di Johor Bahru kelmarin.

Dalam laporan tersebut pengadu mendakwa penceramah yang dimaksudkannya itu berkenalan dengan isterinya itu melalui laman sosial facebook sebelum hubungan mereka menjadi lebih rapat dan mula berhubung melalui telefon.

Tambah pengadu lagi, pada Disember lalu isterinya dan penceramah terbabit dipercayai bertemu di sebuah hotel di Seremban dan penceramah itu memberi sejumlah wang selepas meminta wanita itu melakukan oral seks.

Lelaki itu turut mengadu pada hujung Disember lalu, mereka didakwa bertemu di sebuah hotel di Seremban sebelum penceramah berkenaan dikatakan meminta wanita itu melakukan seks oral dan memberinya sejumlah wang.

Syamsul Amri ternyata kecewa dengan tuduhan terbabit dan tindakan media yang melaporkan mengenai perkara itu dengan profil lengkap dirinya seolah-olah dia benar terbukti melakukan perkara demikian.

Beliau memberi masa kepada media dalam tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

“Laporan itu jelas tidak menjaga sensitiviti saya dan keluarga terutama ibu yang agak terkesan dengan berita itu. Saya berharap kenyataan ini dapat membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya.

Syamsul tetap menjalan aktiviti ceramahnya seperti biasa dan memenuhi undangan walaupun terpalit dengan perkara yang sensitive seperti itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada penceramah bebas itu dalam tempoh terdekat.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...