Skip to main content

Kisah Di Sebalik Penyimpanan Mayat Anak Di Dalam 'Freezer'.


Anak merupakan harta yang tidak ternilai bagi seorang ibu dan ayah. Bagi mereka anak adalah segala-galanya. Ibu bapa mana yang tidak menyayangi anak mereka, haiwan juga tahu menyayangi anak mereka ini kan pula insan yang bergelar manusia.

Kisah ini di petik dari negara China yang mana sepasang suami isteri ini sangat menyayangi anak mereka meskipun mereka tahu anak itu telah meninggal dunia.

Kasih sayang daripada ibu bapa sendiri tidak akan pernah hilang ditelan zaman dan ianya akan kekal sepanjang masa.

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai digunakan untuk menggambarkan mengenai kejadian ini di mana sepasang suami ini dipercayai terlalu sayangkan anak mereka sendiri walaupun mereka tahu bahawa anak mereka itu tiada lagi di sisi mereka.

Tian Xueming yang merupakan bapa kepada anak terbabit dikatakan tinggal bersama dengan isterinya di Desa Huangling, daerah Kota Chongqing, di bahagian Tiongkok Utara.

Menceritakan mengenai kehidupannya, dia memberitahu bahawa sebelum ini kehidupan mereka sangatlah lengkap dan bahagia kerana mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

Namun begitu, kehidupan mereka sekeluarga mulai berubah saat anaknya mendapat penyakit sehingga penyakit tersebut meragut nyawa puteri kesayangan mereka.

Menceritakan mengenai kehidupannya lagi, Tian dan isteri telah dikurniakan anak pertama iaitu seorang anak perempuan yang sangat mereka sayangi.

Pada umur 15 tahun, seharusnya anak perempuannya itu harus menikmati zaman remaja dengan bersuka ria bersama rakan-rakannya.

Namun, nasib tidak menyebelahi anaknya itu kerana dia telah pun meninggal dunia kerana penyakit strok haba.

Selain memiliki seorang anak gadis, Tian juga turut memiliki seorang anak lelaki yang berusia 18 tahun bernama Qinyuan.

Jika bukan kerana penyakit leukemia yang dialami oleh anak lelakinya itu, kemungkinan besar saat ini anaknya itu mempunyai kehidupan yang lebih baik dan mungkin akan mempunyai keluarga yang bahagia.

Sayangnya, takdir anaknya untuk hidup lebih lama itu tidak dapat ditunaikan apabila pada tahun 2006 anak lelaki Tian juga telah pergi mengikuti jejak langkah anak perempuannya.

Bagi pasangan suami isteri itu, kematian kedua anak mereka merupakan beban dan kesedihan yang sukar untuk mereka terima.

Rasa sakit dan juga pilu juga mereka perlu hadapi kerana mereka harus mengadakan upacara kematian sebanyak dua kali dalam masa sepuluh tahun.

Walaupun peristiwa itu dianggap begitu menyakitkan, Tian dan isterinya telah memutuskan untuk memilih jalan yang berbeza untuk pemakaman anak lelaki mereka.

Jalan yang mereka ambil adalah dengan menyimpan mayat anak mereka ke dalam sebuah peti ais yang besar di mana ia mampu untuk memuatkan manusia.

Ketika merasa rindu, Tian dan isterinya itu akan melepaskan rasa rindu mereka dengan menatap jasad anak lelaki mereka yang disimpan di dalam peti terbabit.

Bagaimana pun, kedua-duanya akan menatap dengan diiringi perasaan yang sedih dan sepi dan setelah selesai, kedua-duanya akan berlalu pergi tanpa banyak bicara.

"Di dalam freezer, terlihat sekujur tubuh seumpama ianya masih lagi hidup. Anakku ini masih lagi bersama kami di sini dan tidak akan pernah pergi dari sini,” ujar Tian.

Baginya, kematian kedua-dua anaknya itu bukanlah perkara yang mudah untuk dilupakan.

Dengan menggunakan cara sebegini, dia mampu meyakinkan dirinya bahawa anaknya itu masih lagi hidup walaupun cara ini adalah salah dan sukar diterima.

"Ini mungkin terlihat salah, tapi rasa sakit untuk mengadakan dua kali pemakaman terasa memilukan. Ini adalah sesuatu perkara yang tak boleh di mengerti oleh orang lain.”

Dalam pada masa yang sama, Tian juga turut mengungkapkan betapa menyesalnya dia kerana dia tidak mampu menyelamatkan anak gadisnya daripada menjalani proses pemakaman.

Ketika hari kejadian itu, Tian memberitahu bahawa cuaca sangatlah panas di kawasan terbabit maka anak gadisnya itu telah pengsan.

Ambulans yang datang untuk membawa anak gadisnya itu ke hospital sudah memakan waktu yang sangat lama namun akhirnya anaknya itu tidak dapat di selamatkan.

Sehingga kini, Tian tidak dapat memaafkan dirinya sejak peristiwa tersebut menimpa mereka sekeluarga.

Oleh kerana dia tidak mahu bersedih lagi,dia memutuskan untuk keluar dan bekerja sebagai tukang kayu agar dia dapat menghabiskan waktunya bersama isteri dan anak lelakinya di rumah.

Anak lelakinya itu merupakan satu-satunya harapan untuk dirinya untuk terus maju setelah kematian anak pertama dan bagi Tian, anak lelakinya yang bernama Qinyuan itu merupakan anak yang sangat pintar.

Ini kerana Qinyuan sudah mula mengikuti pengajian ketika berusia 18 tahun dan sudah melakukan yang terbaik untuk kedua ibu bapanya.

Namun, berita buruk mulai datang secara tiba-tiba apabila anaknya itu disahkan menghidap penyakit leukemia.

Banyak usaha telah dijalankan oleh doktor untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh anak lelakinya itu.

Nasib tidak menyebelahi Tian dan dia berasa sangat hancur dan kecewa kerana dia perlu berhadapan sekali lagi dengan kematian ahli keluarganya.

Kisah ini sangatlah menyayat hati dan setiap anak yang masih mempunyai ibu bapa hargailah mereka seadanya ketika hayat mereka masih ada. Sumber: Liputan 6, Editor: Amira



Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...