Skip to main content

Ajal Tiba Semasa Menjalankan Tugas


BUKIT MERTAJAM- Seorang pekerja yang dipercayai bekerja sebagai pembersih jalan raya maut selepas mangsa tercampak lalu jatuh ke bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11 malam. Mangsa yang dikenali sebagai Rosli Saludin berumur 39 tahun bersama seorang lagi rakan setugasnyasedang bertugas  mencabut rumput di tengah jalan yang berhampiran dengan pembahagi lebuh raya sebelum sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki merempuh mangsa.

Disebabkan kejadian itu,mangsa tercampak dan jatuh ke bawah jambatan tersebut. Mangsa mengalami kecederaan yang serius di kepalanya serta badannya dan telah disahkan meninggal dunia selepas kejadian itu.

Rakan setugas mangsa patah tulang dibahagian kaki dan telah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Superintenden Shafee Abdul Samad, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan berkata, menurut laporan daripada hasil siasatan awal,pekerja terbabit tidak memasang sebarang papan tanda yang menyatakan mereka sedang mencabut rumput dikawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah tampil memberikan keterangannya di balai polis.

Kes masih lagi di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Editor: Ila


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut