Skip to main content

5 Gambar Warga Emas Nyaris Jadi Korban Penutup Longkang


MIRI: Seorang warga emas yang dipercayai berusia 60-an telah terjatuh ke dalam longkang dan hampir menjadi mangsa korban bagi kegiatan mencuri besi penutup longkang yang semakin berleluasa di bandar raya ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi tadi apabila warga emas terbabit dipercayai sedang berjalan di Jalan Miri-Pujut sebelum dia terjatuh ke dalam longkang sedalam tiga meter.

Warga emas terbabit yang tidak diketahui identitinya itu bagaimanapun tidak menyedari mengenai kehilangan besi penutup longkang ketika melalui laluan berkenaan.

Ini kerana jalan tersebut akan dilaluinya pada setiap hari dan menjadi rutin hariannya kira-kira pada jam 7 pagi.

Menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Miri, Abang Mohd Fazil, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai yang melalui laluan terbabit di mana mereka memaklumkan bahawa seorang lelaki tua sedang terperangkap dalam longkang berkenaan.

"Sebuah jentera bersama tujuh anggota digegaskan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa menggunakan alat pengusung khas," katanya.

Sebaik sahaja mangsa berjaya diselamatkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan paramedik yang turut bergegas berada di lokasi kejadian untuk rawatan lanjut. Sumber: Berita Harian, Editor: Ira 





Image may contain: one or more people

Image may contain: shoes and outdoor

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...