Skip to main content

"Saya Redha Dengan Apa Jua Yang Bakal Terjadi," - Bapa Haikal


KUANTAN: Tiga sekawan telah bercadang untuk pergi memancing bagi mengisi masa lapang mereka semasa cuti sekolah bertukar tragedi apabila salah seorang darinya dipercayai telah lemas di bawa oleh arus sungai selepas mangsa terjatuh di Sungai Belat,Kampung Jaya Gading,hari ini.

Mangsa, Mohd Danish Haikal Semar,12 tahun dipercayai terjatuh di sungai itu semasa berdiri pada sebatang kayu di sungai tersebut semasa mahu memulakan aktivitinya bersama dua lagi kawannya. Kejadian dianggarkan berlaku kira-kira 2.15 petang.

Misi pencariannya masih di teruskan sehingga pukul 7 malam tadi. Haikal murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Gading masih gagal ditemui. Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat,Polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Ayah mangsa, Semar Usman,46,berkata anak keempat dari lima adik beradik itu keluar daripada rumah kira-kira pukul 2 petang dan menyatakan hasrat nya untuk keluar memancing bersama dua orang lagi sahabatnya. Aktiviti ini sememangnya menjadi kebiasaan bagi Haikal dan rakan-rakan nya lakukan semasa cuti sekolah.

Selepas solat Zohor, dia ada memanggil anaknya kerana pada waktu itu hujan lebat namun panggilannya tidak di sahut. Dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk bakal terjadi kepada anak nya.

"Tidak lama selepas itu, isteri saya (Nazira Mohd Yusof,41) yang berada di dewan orang ramai balik ke rumah dan memberitahu Haikal terjatuh dalam sungai...saya terus ke sungai yang terletak di belakang rumah untuk mencarinya.

"Saya terjun ke sungai untuk mencari Haikal namun gagal, rakan-rakannya memberitahu Haikal tergelincir semasa memijak sebatang kayu dan terjatuh ke sungai...saya diberitahu Haikal cuba di selamatkan seorang pemancing dewasa yang ada di situ.

"Namun saya dimaklumkan usaha lelaki berkenaan juga gagal kerana tidak dapat mencapai tebing sungai walaupun Haikal sudah dapat memegangnya, lelaki itu juga kepenatan...selepas itu kelibat Haikal tidak lagi kelihatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Bapa mangsa memberitahu bahawa anak lelaki tunggalnya itu sering memancing di sungai berkenaan bersama rakan-rakannya tetapi mangsa tidak pandai berenang.

"Saya berharap anak saya ditemui segera...saya berdoa kepada Allah supaya segala urusan pencariannya dipermudah kan.

"Saya reda dengan apa yang bakal terjadi apabila dia ditemui, sekiranya ini adalah takdir yang sudah ditetapkan," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Mohd Idzhar Razali,pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 2.20 petang. Seramai lapan pegawai serta anggota telah bergegas ke lokasi kejadian untuk misi menyelamat.

"Operasi ini telah dijalankan oleh Unit Skuba Bomba untuk mencari mangsa di sekitar sungai dan turut membabitkan pasukan polis serta APM.

"Namun operasi menyelam sudah pun di tangguhkan dan operasi pencarian menggunakan bot masih tetap dijalankan untuk mencari mangsa," katanya. Semoga misi pencarian Haikal dipermudakan oleh Nya. Editor:Ila



Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...