Monyet Sekarang Pun Sudah Pandai Guna Telefon Bimbit


SEEKOR monyet nakal yang berkeliaran di Bukit Sam Muk di Chonburi, Thailand. Telah mencuri telefon bimbit dari salah seorang pelancong yang sedang bercuti di situ.

DALAM 'pertemuan' dengan monyet-monyet di kawasan itu yang disifatkan paling sukar dipercayai, Mongkol Wisulokanon, 25, mendakwa dia sedang bergambar dengan rakannya, Met, sebelum diserang kira-kira lima ekor monyet liar yang menghampiri motosikal mereka dan mencuri barangan di dalam bakul, termasuk telefon bimbit Met.

Wisulokanon  berkata: "Jadi saya menelefon telefon Met. Mungkin jika telefon itu bergetar, ia akan dilepaskan. Tetapi tidak, malah monyet-monyet itu berlari lebih jauh lagi! Jadi saya melakukan sesuatu yang bodoh, saya mula buat panggilan video! Dan, monyet itu menjawab panggilan."

Dia turut memuat naik paparan skrin menunjukkan wajah berbulu yang didakwa monyet yang telah menjawab panggilan telefonnya.

"Kemudian telefon diletak dan gambar tangan melambai dihantar kepada kami di Facebook. Bodoh punya monyet!"

Mereka kemudian membalasnya dengan menghantar gambar lambaian yang serupa.

Bagaimanapun, Met tidak mendapat semula telefonnya, tetapi Wisulokanon mengakhiri posting tular itu dengan menggambarkan perasaan lucunya terhadap apa yang berlaku.

"Jika anda Menelefon Met dan seseorang menjawabnya, itu bukan orang, itu adalah monyet. Haha."

"Jika monyet itu menginginkan telefon itu, biarlah. Saya tidak marah," katanya kepada Thairath.

"Saya hanya ingin berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika mereka berada di kawasan itu, monyet lebih pantas daripada pencuri."

Orang awam yang sering berkunjung ke kawasan-kawasan yang dipenuhi monyet di Thailand tahu bahawa haiwan itu sering mencuri makanan dari tangan pengunjung dan juga menyerang, tetapi kes telefon bimbit dicuri untuk bermain Facebook belum pernah didengari. Sumber:Mstar - Editor: Amylea Nazrul