Kisah Gelandangan Jumpa Bayi Di Tong Sampah, Namun Selepas Bayi Itu Besar, Nenek Itu Terkejut Rupanya Bayi Ini???


Betullah kata pepatah orang tua-tua di mana, seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak tetapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu apatah lagi selepas mereka dewasa dan berkahwin.

Itulah yang berlaku kepada seorang nenek yang berusia 60 tahun apabila dia dikatakan tidak serasi untuk tinggal bersama menantunya sehinggakan pada suatu hari berlaku pertengkaran antara mereka dan di mana nenek berkenaan dihalau keluar.

Semenjak dari itu, bermulalah kehidupan nenek berkenaan yang menjadi gelandangan dan pada setiap hari dia berusaha mencari rezeki bagi menampung perbelanjaannya dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba dia ada mendengar tangisan seorang bayi dan dia segera mencari dari arah mana suara tersebut datang.


Ternyata tekaannya benar bila mana dia mendapati ada seorang bayi yang dibuang ke dalam tong sampah, dan bayi ini adalah bayi perempuan.

Tubuh bayi itu dipenuhi dengan sampah di mana membuatkan hati seorang wanita terdetik lalu nenek tersebut berasa kasihan dan memutuskan untuk menjaga bayi yang malang itu.


Nenek ini bagaimanapun mempunyai semangat yang luar biasa, meskipun dia tahu bahawa untuk membiayai bayi itu, dia memerlukan perbelanjaan yang besar, tetapi dia tetap tidak berputus asa

Dia bekerja keras sebagai pengutip barang buangan dan merawat Yaya iaitu “Bayi yang ditinggalkan”.

Yaya berjaya membesar sebagai seorang gadis yang pandai dan turut berada dalam keadaan sihat

Namun, anak kandung nenek tersebut dapat mengetahui bahawa nenek tersebut telah menjadi gelandangan di mana dia tinggal di bawah jambatan dan turut membesarkan seorang budak bernama Yaya.

Akibat daripada itu, anak kandung nenek tersebut dan isterinya berasa cemburu dan marah apabila melihat Yaya disayangi sedemikian rupa di samping mereka juga turut menghasut nenek terbabit meninggalkan Yaya.


Namun, nenek tersebut langsung tidak mendengar kata-kata mereka dan berasa terkilan kerana darah dagingnya sendiri telah mengusirnya di samping turut berharap bahawa Yaya tidak akan melakukan perkara yang sama terhadapnya.

Tidak berhenti sampai di sini saja, anak kandung dan isterinya tetap berusaha! Mereka turut menyebarkan gosip buruk mengenai nenek terbabit bahawa dia mempunyai hubungan sulit dan memiliki anak haram. Tetapi tindakan mereka ini tidak dihiraukan oleh nenek.

Dalam pada masa yang sama, Yaya menjadi semakin dewasa dan dia menjadi seorang anak yang sangat mendengar kata, pandai dan baik hati, serta pada hari biasa, dia akan membantu nenek melakukan pekerjaan rumah, dan prestasi Yaya di sekolah sangatlah gemilang di mana dia telah mendapat nombor satu di dalam kelas.

Bahkan ada beberapa sekolah yang mahukan Yaya untuk menyambung belajar dan turut memberikan tawaran yang menarik untuk Yaya masuk ke sekolah tersebut, dan akhirnya Yaya telah berjaya mendapatkan biasiswa sebanyak 10,000 dari sekolah.

Nenek berasa sangat bangga dengan kejayaan yang diperoleh Yaya. Hidup nenek dan Yaya sangatlah bahagia dan tenteram, tetapi ianya tidak bertahan lama apabila kehidpuan mereka mula dilanda masalah.

Pada suatu hari, ada sebuah kereta mewah yang berhenti di depan rumah mereka, dan yang turun dari kereta tersebut adalah seorang pengarah dari sebuah syarikat perusahaan yang ternama.

Tujuan kunjungannya adalah berkaitan dengan Yaya.

Sepuluh tahun yang lalu, pengarah ini dikatakan telah kehilangan anaknya di sebuah hospital apabila ada seorang penjahat yang mencuri anaknya.

Pada awalnya penjahat ini ingin mencuri bayi lelaki, tetapi setelah didapati bahawa bayi yang dicuri itu adalah perempuan, maka dia membuang bayi itu ke dalam tong sampah.

Setelah bertahun-tahun mencari penjahat terbabit di samping turut menyusuri bahawa di sekitar kawasan ini ada kanak-kanak yang dikatakan sebaya dengan anaknya dan dia percaya bahawa Yaya adalah anaknya yang hilang selama 10 tahun itu.

Setelah melakukan ujian DNA, ternyata benar bahawa Yaya adalah anak kandung dari pengarah tersebut. Saat itu nenek berasa sangat terkejut dan dia berasa sedih kerana Yaya akan meninggalkan dirinya di samping turut senang hati kerana dia tahu bahawa hidup Yaya akan terjamin.

Pengarah terbabit sangat berterima kasih kepada nenek dan sebagai balasan, dia memberikan satu kad debit yang berisi 40,000,000. Tentu saja nenek tidak ingin menerima wang ini, tetapi setelah di pujuk akhirnya dia telah menerima wang terbabit.


Berita bahawa Yaya adalah anak orang kaya telah tersebar ke seluruh desa dan akhirnya ia sampai ke pengetahuan anak kandungnya sekeluarga.

Setelah mereka mendengar berita ini, mereka menggunakan bermacam cara untuk membuatkan nenek tinggal kembali bersama, iaitu dengan memberikan nenek makanan yang enak, baju, dan perhatian padanya.

Nenek tersebut tahu bahawa semua itu adalah lakonan semata-mata tetapi nenek hanya berdiam diri. Bahkan cucunya juga turut berusaha meminta wang ratusan juta itu dari nenek, sama seperti apa yang dilakukan oleh ayah dan ibunya.

Tetapi nenek menolak dengan mengatakan bahawa 'Ini tabungan untuk Yaya!!'

Suatu hari, ada seorang pencuri yang masuk ke rumah! Pencuri itu mahu mencuri kad milik nenek. Nenek cuba melawan dan akhirnya dia terkena beberapa tusukan sebelum pencuri lari.

Apabila mendengar suara nenek tersebut meminta tolong, anaknya terus menghantar nenek terbabit ke hospital.

Detik-detik sebelum nenek tersebut dirawat, anaknya telah berpura-pura dan memberitahu bahawa dia tidak mempunyai wang, dan terus meminta nenek mengeluarkan kadnya. Tanpa berfikir panjang, nenek memberikan kad itu berserta kata laluan kepada anaknya.

Nenek itu berjaya di selamatkan dan sebaik sahaja dia melangkah keluar dia mendapati bahawa anaknya tiada bahkan dia turut mengetahui bahawa keluarganya itu turut melarikan wang yang diterimanya.

Saat nenek pulang ke rumah dia bertanyakan mengenai kad debit miliknya, dan mendapati anaknya berpura-pura tidak tahu. Kerana buntu untuk mencari jalan keluar, akhirnya nenek meminta tolong jirannya untuk menelefon Yaya.

Sebaik sahaja mendengar berita ini, Yaya berasa sangat marah dan langsung bertindak menyalurkan sumbangan untuk membantu nenek dan akhirnya semua itu memang benar di mana semua wang milik nenek telah masuk ke akaun bank anaknya. Yaya terus melaporkan perbuatan terbabit kepada pihak polis.


Dan apa yang paling mengejutkan lagi adalah pencuri yang telah menusuk nenek adalah anak dan menantunya sendiri di mana mereka telah menyamar sebagai pencuri.

Setelah kejadian itu, Yaya bertindak dengan memindahkan nenek ke pusat jagaan supaya hidupnya lebih terjaga.

Akhirnya nenek tersebut bisa menjalani kehidupannya tanpa mengalami gangguan. Tetapi apa yang tragisnya adalah orang yang berbakti dan sayang kepada nenek bukanlah anak kandungnya, melainkan seorang anak yang tidak ada hubungan darah. Takdir tidak bisa diduga! Selama kita berbuat baik, pasti kita akan mendapat kebaikan! Sumber: OHTrending.online, Editor: Amira