Skip to main content

Saya Dukung Biawak, Bukan Suami Orang


KUALA KANGSAR - Bukan semua wanita mahupun lelaki yang berani 'mendukung biawak hidup'  pasti mereka merasa geli atau takut dengan haiwan reptilia itu.

Tindakan berani seorang gadis yang mendukung biawak dan meletakkan haiwan itu di bahunya telah dipandang negatif oleh penguna media sosial.

Menurut laporan mStar Online, gadis yang mahu dikenali sebagai Dewi, gadis dari Kuala Kangsar, Perak ini sedar dirinya teruk dikritik gara-gara gambarnya sedang mendukung seekor biawak tular di media sosial.

Selain melihat tindakannya itu sebagai sesuatu yang 'geli' kerana biawak dianggap sebagai haiwan kotor, gadis berusia 21 tahun ini turut dituduh sengaja mahu popular dan mahu 'tunjuk berani' sehingga sanggup bertindak begitu.

Lebih teruk lagi ada yang mengaitkan tindakannya itu dengan 'dunia akhir zaman' dan meramalkan tidak mustahil dia akan ditimpa sial atau terkena badi.

Dewi, ketika dihubungi mStar Online berkata dia sedar dirinya dikritik, disindir dan dijadikan bahan lawak gara-gara posting tersebut, tetapi tidak mahu mempedulikannya kerana haiwan yang diberi nama Kenit itu dipelihara bersebab!

"Saya jumpa Kenit dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya Julai lalu.

"Sebab kasihan, saya terus bawa balik 'dia' ke rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan, lepas sembuh saya lepaskan 'dia' semula walaupun rasa berat hati," katanya yang mahu Kenit hidup bebas di habitatnya.

Menurut Dewi, sebagai seorang pecinta haiwan, istilah 'takut' tidak timbul terutama jika melihat mana-mana haiwan cedera atau memerlukan bantuan.

Apatah lagi dengan koleksi pelbagai spesis ular termasuk ular tedung selar berukuran lebih empat meter yang menjadi  haiwan peliharaannya, 'berurusan' dengan biawak bukanlah satu masalah besar untuk dirinya.

Dalam kes ini, Dewi berkata dia amat beruntung kerana tugasnya sebagai seorang jururawat dapat membantunya dari segi langkah penjagaan kebersihan dan pencegahan jangkitan kuman setiap kali dia menyentuh haiwan.

"Saya pakai sarung tangan, buat 'hand washing' setiap kali main atau bawa Kenit jalan-jalan, saya juga mandikannya dengan air bersih.

"Biarlah apa orang nak cakap yang penting biawak pun makhluk Allah, tak haram disentuh dan saya tak siksa Kenit," katanya yang memberi Kenit makan isi ayam ketika berada bawah jagaannya.

Dewi berkata dia tidak pernah menyesal memelihara Kenit dan memuat naik gambar bersamanya di Facebook walaupun dirinya dikecam.

"Kenapa nak cakap 'dia' kotor, mulut orang yang cakap tu bersih ke?

"Lainlah viral saya dukung suami orang, yang itu nak kecam, kecamlah," katanya.

Mengulas mengenai koleksi haiwan peliharaannya, Dewi berkata setakat ini dia mempunyai 26 jenis ular dan beberapa haiwan lain yang dibeli dan ditangkap sendiri.

Katanya, selain digunakan untuk pertunjukan, dia juga akan membuat pertimbangan untuk menjual haiwan-haiwan ini jika ada yang berminat.

Dewi berkata setiap haiwan yang dipelihara mempunyai risiko apabila dipelihara dan dia juga tidak terlepas daripada dipatuk ular.

Ditanya sama ada dia mempunyai sebarang ilmu untuk menjinakkan atau menundukkan haiwan berbahaya Dewi menjawab: "Adalah sikit-sikit saya belajar daripada orang dulu-dulu." - mStar Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...