Skip to main content

Nabil Kurangkan Gurauan Kasar Di Gegar Vaganza.


KUALA LUMPUR -  Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang mengendalikan program Gegar Vaganza (GV) musim terbaru berharap tiada lagi mana-mana pihak yang terasa hati dengan gurauannya, tahun ini.

Menurut laporan Berita Harian Online, beliau sudah pun mengurangkan gurauan kasarnya agar tidak menjadi isu selepas mendapat teguran daripada pihak Astro.

"Ya, mereka ada menegur saya. Maafkan saya jika ada yang terasa hati lagi. Tetapi, saya sudah sedaya upaya mengurangkan kata-kata atau gurauan kasar yang mungkin menyakitkan hati mana-mana pihak," katanya ringkas kepada BH Online.

Terdahulu, pada minggu pertama GV musim keempat, cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menyifatkan pengacaraan Nabil agak keterlaluan hingga membataskan percakapan juri untuk memberi komen.

Walaupun tahu Nabil mahupun gandingannya, Jihan Muse tidak berniat apa-apa dalam kata-kata gurauan mereka, namun beliau kurang bersetuju dengan cara terbabit yang dilihat seperti kurang menghormati orang lain.

Netizen turut menggunakan laman sosial untuk menegur lawak dan cara pengacaraan lelaki berkenaan yang dilihat agak kasar serta tidak sesuai untuk program yang ditonton oleh semua peringkat umur.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, berkata beliau sedar nama Nabil sentiasa menjadi bualan setiap kali GV diadakan.

Namun, beliau menyifatkan gurauan kasar berkenaan tidak pernah mengundang ketidakselesaan mana-mana pihak yang terbabit dalam program itu.

"Sebenarnya, baik juri mahupun peserta GV, mereka tak pernah berkecil hati dengan Nabil. Mereka sudah menjadi seperti sebuah keluarga.

"Begitupun saya faham, penonton tidak tahu dan mereka akan berasa kurang selesa dengan gurauan Nabil itu," katanya.

Dalam pada itu, Emarina berkata, walaupun sudah memberikan teguran dan ingatan, pastinya ada kata-kata yang terlepas, lebih-lebih lagi GV4 program secara langsung.

Tegasnya, pihak produksi juga masih mengawal situasi agar ia tidak dilihat sebagai sebuah program yang teruk.

"Kita semua tahu karakter Nabil. Biasalah kalau ada terlepas sedikit kata-kata yang dirasakan kasar. Apabila sudah biasa bergurau, ada masanya dia terlupa dirinya sedang mengacara program secara langsung.

"Apapun, saya lihat pengacaraan Nabil masih terkawal. Program ini pun berkonsep santai dan kita tidak boleh terlalu serius," ujarnya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...