Skip to main content

“Syikin, Tolong Mak... Tolong Mak.” Jeritan Terakhir Mangsa.

Norasyikin bersama rakan ibunya, foto Harian Metro
Bukit Mertajam - Anak mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut yang membabitkan dua buah bas pekerja kilang tidak menyangka bahawa itu merupakan kali terakhir dia mendengar suara ibunya.

Menurut anak mangsa, ketika kejadian tersebut ibunya itu sempat menghubunginya sebelum disahkan meninggal duniua di tempat kejadian.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Noriah Kasa, 40 tahun, sempat menghubungi anak sulungnya, Norasyikin Zuryanidufizan, 22 tahun, ketika dia tersepit dalam kemalangan dua bas kilang di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tol Juru, hari ini .

“Syikin, tolong mak... tolong mak.” Itulah jeritan terakhir yang sempat terungkap oleh mangsa ketika menghubungi anaknya, malah kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Norasyikin sehingga sekarang selepas ibunya disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu.

Norasyikin berkata, dia ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki van kilang sebelum menerima panggilan ibunya.

“Ibu pergi kerja terlebih dahulu menaiki bas manakala saya menaiki van dan berada jauh dari basnya.

“Arwah menelefon saya dan meminta tolong beberapa kali sebelum panggilannya terputus,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tenteram ketika berada di dalam van yang berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan trafik.

“Saya kemudian menghubungi rakan saya (Mohd Sabri Azhar) memintanya menjemput saya di tepi lebuh raya.

“Ketika itu saya cuba menghubunginya namun tidakberjawab,” katanya.

Sementara itu Mohd Sabri berkata, dia kemudian menjemput Norasyikin dan membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum diberitahu bahawa ibunya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam kejadian 5.30 pagi, hari ini, lapan wanita terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan (Noriah Kasa) maut. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...