Masuk Rumah Orang Mengaku Kastam Putrajaya Untuk Tarik Kereta

Kelantan - Satu laporan polis dibuat terhadap tiga lelaki kerana melakukan penyamaran sebagai penjawat awam serta pergi ke rumah mangsanya dengan alasan nak tarik kereta.

Laporan polis tersebut telah di buat oleh warga emas bernama Abdullah selepas rumahnya telah didatangi oleh tiga lelaki yang mengaku serta memperkenalkan diri mereka sebagai Pegawai Kastam dari Putrajaya.

Mereka memberitahu bahawa tujuan mereka datang adalah untuk menarik kereta milik mangsa yang dikatakan merupakan kereta klon.

Kejadin ini telah di muat naik ke laman media sosial oleh seorang individu dikenali sebagai Fina Muhammad melalui postingnya yang menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati jika secara tiba-tiba didatangi oleh individu seperti ini.

Melalui laporan polis yang di buat boleh mangsa memberitahu bahawa ketika kejadian sekitar pukul 8.28 pagi ketika dia berada di rumah secara tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu pagar.

Ketika dia keluar dari rumah dia melihat seorang lelaki telah memanjat pintu pagar rumahnya dan telah berada di perkarangan rumahnya manakala dua orang lagi hanya menunggu di dalam sebuah kereta jenis Myvi berwarna putih.

Lelaki itu kemudiannya telah menghampiri kereta milik mangsa, mangsa yang curiga dengan lelaki tersebut telah bertanyakan sebab dia berada di dalam kawasan rumahnya.

Lelaki tersebut telah memberitahu bahawa dia merupakan pegawai Kastam Putrajaya dan tujuannya adalah untuk mengambil kereta milik mangsa yang dikatakan merupakan kereta klon serta telah memintu kunci kereta daripada mangsa bagi membawa kenderaan tersebut ke balai polis.

Namun begitu mangsa yang merupakan warga emas yang curiga dengan kenyataan lelaki tersebut enggan memberikan kunci kereta kerana dia memberitahu bahawa setiap bulan dia telah membayar duit kereta tersebut.

Mangsa yang enggan memberikan kunci kereta kemudiannya telah menghubungi pihak polis, lelaki tersebut dikatakan enggan menunjukkan kad pengenalan diri ketika diminta malah telah memancitkan tayar kereta mangsa sebelum melarikan diri selepas pihak polis tiba di rumah mangsa.

Diharap melalui posting yang di muat naik oleh Fina tersebut orang ramai akan lebih berhati-hati jika didatangi oleh  lelaki di dalam gambar di bawah ini.