Lebih 2,000 orang dilaporkan berkumpul di hadapan sebuah katedral di Madeira, Portugal, selepas menyangka Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodríguez bakal melangsungkan perkahwinan di situ. 🇵🇹💍 Namun, mereka sebenarnya tersalah lokasi! 😅 Majlis tersebut merupakan perkahwinan pasangan biasa, Fábio Ramos dan Fatima Nicole Cunha Teixeira. Lebih melucukan, orang ramai turut mengerumuni sebuah kereta Rolls-Royce pengantin wanita kerana menyangka wanita berkenaan ialah Georgina. Pengiring pengantin terpaksa membuka laluan untuk membantu pengantin wanita masuk ke dalam gereja. Keadaan akhirnya terjawab apabila pihak gereja mengesahkan bahawa majlis perkahwinan tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan Ronaldo atau Georgina. 😂