Skip to main content

Lelaki Maut Ditetak Parang Sekumpulan Lelaki Bertopeng



Seorang lelaki maut selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru di Jasin malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian 8.39 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang cedera sempat menghubungi adik lelakinya berusia 22 tahun untuk membawanya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jasin.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 10.15 malam tadi ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan manakala adiknya turut dikejar kumpulan penjenayah berkenaan namun berjaya menyelamatkan diri.

"Selepas adik mangsa menghantarnya ke hospital, kereta yang dipandunya telah dihalang sebuah lagi kereta dinaiki sekumpulan lelaki yang turut membawa sebilah parang sebelum bertindak memecahkan cermin keretanya.

"Ketika lelaki berkenaan cuba melarikan diri, kereta yang dipandunya telah terlanggar sebuah ambulans sehingga menyebabkan kenderaan itu kemek pada bahagian bawah lampu sebelah kanan van berkenaan," katanya dalam kenyataan di Jasin hari ini.

Beliau berkata adik mangsa berjaya menyelamatkan diri daripada kumpulan lelaki bersenjata parang itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin sebelum membuat laporan polis.

Katanya susulan itu, tiga lelaki berusia 21, 22 dan 31 ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ahmad Jamil berkata usaha mengesan suspek lain yang masih bebas sedang giat dijalankan dan motif atau punca kejadian masih dalam siasatan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohamad Ehsan Abu Bakar di talian 016-5209501 atau 06-529 2222 (sambungan 206).

Hari ini, tular di media sosial mengenai pergaduhan di luar Unit Kecemasan Hospital Jasin berpunca daripada kes tetak tersebut. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...