Skip to main content

"Ayah Minta Maaf, Ayah Bersalah", Kata Bapa Yang Didapati Salah Rogol Anak Angkat


MUAR: "Ayah minta maaf, ayah bersalah," itulah kedengaran ketika warga emas berpelukan dengan anak lelakinya, selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dengan empat sebatan atas kesalahan merogol anak angkatnya, sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh berusia 63 tahun sebelum itu mengaku bersalah ketika dihadapkan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemandu lori, didakwa merogol anak angkatnya berusia 13 tahun di rumahnya di Batu Pahat, jam 12 tengah malam, 19 Julai lalu.

Bapa kepada lima anak hasil dua perkahwinan itu, didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat mangsa pada jam 2.50 petang, 25 Julai lalu mengatakan dia dirogol bapa angkat iaitu tertuduh sejak 2021.

Dalam laporan itu, mangsa memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia sedang baring dalam bilik sebelum didatangi tertuduh.

Tertuduh memaksa mangsa menuruti kehendaknya sebelum melakukan perbuatan terkutuk. Bertindak atas laporan, polis menjalankan siasatan kemudiannya berjaya menahan tertuduh pada 26 Julai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah agar mempertimbangkan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan serius dilakukan oleh tertuduh.

"Dalam kes ini, ia melibatkan hubungan bapa dengan anak angkat dengan tertuduh sepatutnya membimbing dan melindunginya bukan mengambil kesempatan," katanya.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh ditahan serta empat sebatan.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman penjara. - Berita Harian Online 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut