Skip to main content

Empat Beranak Termasuk Bayi Maut Kemalangan Di Kota Tinggi


Kota Tinggi: Empat beranak maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan dengan lori pasir di Kampung Semanggar di sini, hari ini.

Mereka yang maut dikenali sebagai Mohamad Suti Yahaya, 39, isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, serta dua anak mereka, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 4, dan Nurfatihah Jannah berusia tujuh bulan.

Mereka dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Menurut ibu kepada Siti Jamaliah, Rosni Sintingan, 53, dia hanya mendapat tahu mengenai kemalangan menimpa anak, menantu dan dua cucunya itu kira-kira jam 3 petang, selepas dimaklumkan anak saudaranya yang melihat gambar kemalangan itu di Facebook.

Wanita itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian, namun dimaklumkan anaknya dan cucu, Nurfatihah Jannah, sudah dibawa ke hospital.

"Apabila saya tiba di lokasi, saya hanya nampak jenazah menantu dan cucu lelaki sahaja yang masih terbaring di situ," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rosni berkata, dia tidak mengetahui ke mana keluarga itu ingin pergi sebelum kemalangan terbabit, namun percaya mereka mungkin keluar bersiar-siar ke pekan.

"Kalau cuti memang mereka akan berjalan anak-beranak. Mungkin mereka ke pekan Anggerik, Bandar Tenggara atau ke FELDA Pasir Raja berjumpa rakan.

"Kalau ikut arah lokasi kemalangan itu, mereka mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Mawai di sini," katanya.

Rosni berkata, keluarga anaknya memang menggunakan motosikal untuk ke mana-mana kerana tidak mempunyai kereta, malah beberapa hari lalu pasangan itu ke Negeri Sembilan menunggang motosikal kerana mempunyai urusan.

"Sebelum ini, mereka pernah juga terbabit kemalangan, namun hanya cedera.

"Kami pernah menasihati untuk beli kereta, namun mereka memaklumkan tidak apa. Kami kasihankan anak dan isterinya sahaja, tetapi tidak sangka perkara yang kami bimbangkan berlaku hari ini," katanya.

Rosni berkata, kali terakhir dia bertemu anak sulungnya itu kelmarin, ketika suami isteri itu mengambil anak mereka yang ditumpangkan di rumahnya.

"Ketika mereka ke Negeri Sembilan, mereka menumpangkan dua anak mereka di rumah saya di FELDA Pasir Raja.

"Bila balik, mereka sempat tidur di rumah sebelum pulang ke rumah di Kampung Mawai. Masa itu anak seperti biasa sahaja tiada apa yang pelik.

"Kami bersalaman masa itu cuma bila saya nak cium dia, dia tak mahu," kata ibu kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu, namun memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan. - HARIAN METRO

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...