Powered by Blogger.

Saturday, May 2, 2020

Wanita Maut Langgar Peronda Polis

Wanita maut langgar peronda polis | Kes | Berita Harian
KANGAR: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh pacuan empat roda polis di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Syed Alwi - Persiaran Wawasan berhampiran Jabatan Veterinar Perlis tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, mangsa, Azila Che Pa, 31 dari Kampung Ujong Batu, Utan Aji maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata ketika kejadian, pacuan empat roda yang dipandu anggotanya sedang membawa seorang lagi anggota polis bersama dua anggota tentera dari Utan Aji menuju ke bandar Kangar melalui persimpangan lampu isyarat terbabit.

"Bagaimanapun sewaktu di persimpangan, mangsa yang menunggang dari arah Jalan Persiaran Wawasan melanggar bahagian kanan kenderaan semasa melintas.

"Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan manakala motosikalnya terseret sejauh 20 meter," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wari berkata, anggotanya bersama anggota tentera yang berada dalam kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.