Skip to main content

Polis Lancar Ops Covid-19,Besar-Besaran Malam Ini

Malaysiakini
Polis Selangor melancarkan Ops Covid-19 bagi memastikan rakyat di negeri ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmad berkata ops yang bermula pukul 8 malam ini akan memfokus kepada lokasi tumpuan ramai di seluruh negeri terutama bandar-bandar besar.

“Untuk malam ini, fokus kita adalah dengan menasihati, memberi penerangan serta kefahaman mengenai kepentingan orang ramai untuk patuh kepada perintah ini. Seramai 100 anggota terlibat dalam ops terbabit.

“Kita akan ke lokasi tumpuan ramai seperti pusat peniagaan termasuk di kawasan perumahan bagi memastikan orang ramai tidak berada di tempat yang tidak sepatutnya sepanjang tempoh perintah kawalan berkuat kuasa," katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata ibu pejabat polis daerah di seluruh Selangor juga diarahkan membuat sekatan jalan raya di kawasan masing-masing bagi memastikan tiada orang keluar dari rumah tanpa alasan yang munasabah.

Fadzil berkata untuk peringkat awal ini, polis mengambil pendekatan menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak mengenakan tindakan seperti yang tertakluk di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Bila kita akan menguatkuasakan akta berkenaan, ia terpulang kepada pihak atasan. Buat masa ini, kita akan memberi penerangan dan pemahaman terlebih dahulu kepada masyarakat kerana kita tahu, masih ramai yang keliru dan kurang faham mengenai perintah ini," katanya.

Pada 16 Mac, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara yang berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mac dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Perintah itu antara lain menetapkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara, termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial serta kebudayaan. -Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...