Skip to main content

Persembahan Bunuh Diri Di AJL, Persatuan kesihatan Mental Kecam Aina Abdul

Persembahan kontroversi oleh penyanyi Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL) malam tadi mengundang kecaman persatuan kesihatan mental.

Pada persembahan itu, Aina berpakaian serba putih dan dilihat menikam dadanya sehingga 'darah' keluar membasahi pakaiannya.

Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) menyifatkan persembahan konsep "bunuh diri" berkenaan sebagai keterlaluan.

“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bunuh diri di pentas AJL tahun ini?

“Stesen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adegan sedemikian di media,” kata MIASA dalam kenyataan itu di Facebook.

Tambah MIASA, persembahan itu melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adegan mencederakan diri atau memudaratkan diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk melakukannya.

"Bagi individu yang memiliki masalah mental, adegan seperti ini boleh menyebabkan trigger (pencetus) yang boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka melakukan perbuatan yang merbahaya juga.

"Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF)," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Aina melalui akaun media sosialnya menjelaskan bahawa gimik persembahan berkenaan adalah kesinambungan daripada muzik video lagunya.

Aina berkata, persembahan itu adalah simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita.

“Persembahan tadi adalah simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.

“Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditanggung wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Saya berharap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba disampaikan,” katanya dalam akaun Instagram miliknya.

Dalam video klip lagu itu, penyanyi tersebut memperlihatkan situasi seorang pesakit Skizofrenia, penyakit mental yang menyebabkan individu kerap berhalusinasi dan gagal mengawal perasaan. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...