Powered by Blogger.

Sunday, January 5, 2020

Kini Giliran Angelina Jolie Sertai Marvel

Aktres Angelina Jolie buat pertama kalinya akan memegang watak yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar komik iaitu Marvel, menerusi filem The Eternals.

Filem tersebut kini dalam proses pembikinan dan dijangka ditayangkan pada November 2020.

Angelina akan memegang watak Thena selaku heroin dalam filem berkenaan.

Pembabitan Angelina di layar perak dalam tempoh sedekad (2010-2019) lalu agak perlahan dan malahan hanya terlibat dalam 3-4 filem sahaja termasuk cerita Maleficent.

Ramai beranggapan beliau akan kembali lebih aktif selepas filem Maleficent yang ditayangkan pada penghujung 2019.

Eternals merupakan salah satu cabang dalam dunia Marvel selain X-Men, Avengers, Guardians of the Galaxy dan beberapa lagi. Bagaimanapun Eternals kurang popular berbanding yang lain.

Marvel cuba mengambil kesempatan untuk mempopularkan Eternals di tengah-tengah kegilaan ramai terhadap syarikat komik berkenaan.

Pemilihan Angelina dianggap sebagai pilihan tepat oleh pemerhati kerana sebuah filem baharu (yg mahukan reputasi tinggi) memerlukan pelakon popular.

Watak utama filem ini ialah Ikaris yang akan dibintangi oleh Richard Madden.

Berdasarkan jalan cerita komik Eternals, watak-wataknya membentuk susur-galur kepada ikon jahat dalam komik Marvel iaitu Thanos.- Suara Merdeka