Skip to main content

Padah Provokasi Polis, Suami Isteri Didakwa Di Mahkamah

Seorang lelaki bersama isterinya yang sarat mengandung lapan bulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tiga pertuduhan menghina dan menghalang tugas anggota polis yang videonya tular, minggu lalu.

Pemandu lori, M Kevin Raj, 33, dan R Loganayagi, 29, masing-masing minta dibicarakan atas dua pertuduhan serta mengaku salah atas satu pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kevin Raj dituduh dengan sengaja menghalang tugas seorang pegawai polis iaitu Sub Inspektor Zulkifli Md Asid dengan cara enggan mengikuti arahan untuk ikut ke balai polis supaya boleh diberikan surat saman kesalahan jalan raya.

Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Pasir Putih-Lahat pada jam lebih kurang 9.45 pagi, 5 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikuti Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus yang kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Loganayagi yang merupakan suri rumah turut mengaku tidak bersalah dengan sengaja menggunakan perkataan-perkataan menghina dengan cara menuduh Zulkifli meminta wang.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995 di lokasi, waktu dan tarikh sama dengan pertuduhan pertama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Bagi dua pertuduhan itu, Noor Azreen turut mengenakan syarat tambahan agar kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula bagi kedua-dua pertuduhan ditetapkan, 6 Januari depan.

Sebelumini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhil Ab Wahab, manakala pasangan berkenaan diwakili Peguam K Nathan.

Di kamar berasingan, Loganayagi mengaku bersalah gagal menunjukkan sebarang kad pengenalan diri kepada Zulkifli ketika diminta berbuat demikian di lokasi, waktu dan tarikh sama dengan pertuduhan pertama.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Atas pengakuan bersalah itu, Majistret Nabihah Mohd Noor mengenakan denda RM500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Dalam pembelaannya, Nathan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan tertuduh sarat mengandung selain suami yang hanya berpendapatan RM1,300 sebagai pemandu lori dan perlu menanggung ibu bapa.

Terdahulu, pasangan suami isteri berkenaan turut didakwa atas rekod lampau membabitkan kes khianat, dadah dan kesalahan trafik.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin kepada Loganayagi selepas mengaku tidak bersalah melakukan khianat dengan menghempas topi keledar ke arah cermin hadapan sebuah kereta sehingga retak di tepi Jalan Rishah Permai, Sungai Pari Buntong, 14 Oktober lalu.

Mahkamah juga mengenakan jaminan sebanyak RM3,200 ke atas Kevin Raj atas pengakuan tidak bersalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu memasukkan dadah ke dalam badan yang dilakukan pada 5 September 2018 lalu.

Tertuduh turut dikenakan denda sebanyak RM1,700 selepas mengaku bersalah atas empat waran tangkap trafik membabitkan tujuh kesalahan yang dilakukan sejak 2003 hingga 2017 lalu.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...