Skip to main content

"Allah Ada Sesuatu Yang Lebih Baik", - Bekas Tunang Adib

MESKIPUN sudah genap setahun pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam, 9:41 malam pada tarikh 17 Disember tahun lalu, kepiluan masih dirasai orang terdekat.

Kepiluan itu turut ditanggung oleh bekas tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi, yang kehilangan insan yang sepatutnya menjalani hidup bersama sebagai pasangan.

Najihah, 26, berkongsi luahan hatinya menerusi Facebook dengan menzahirkan rasa pilu dan redha terhadap pemergian Allahyarham Muhammad Adib.

"Apabila Allah membuat kamu menunggu, jangan sekali-kali berfikir bahawa Dia tidak mencintaimu,

“Apabila Dia mengambil apa yang kamu cintai, janganlah menganggap Dia menghukum kamu,
“Dia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk kamu. Percaya kepada kebijaksanaan-Nya," menurut catatannya menerusi laman Facebook peribadinya.

Pada masa sama, Najihah turut mencatatkan tarikh yang memberi makna besar buatnya iaitu pada 17 Disember 2018 hingga 17 Disember tahun ini.

Luahan yang ditunjukkan oleh Najihah cukup membuktikan kesedihan yang mendalam baginya selepas turut memuat naik rakaman dan foto Allahyarham berdurasi empat minit.

Allahyarham Muhammad Adib, perwira yang menjadi kebanggaan negara sepatutnya menamatkan zaman bujangnya bersama Najihah pada 22 Disember tahun lalu.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan pada September memberi jaminan akan berusaha sedaya upaya meneliti dan meneruskan prosedur undang-undang berhubung kes kematian Allahyarham Muhammad Adib sebaik menerima kertas siasatan.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, selepas siasatan dilengkapkan dan suspek dikenal pasti, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan syor polis. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...