Skip to main content

Wanita Terima Padah, Ingin Bersuamikan Jutawan.


MALANG buat seorang wanita apabila keinginan untuk menikmati kebahagiaan dengan suami 'jutawan' berakhir dengan penderitaan.

Sejurus berakhir majlis persandingan besar-besaran di sebuah hotel mewah, Nut yang mendakwa dirinya seorang jutawan di Thailand meninggalkan hutang sebanyak 3.5 juta Baht (RM480,000) kepada isterinya, Da pada 10 Mei lalu.

Pada hari perkahwinan itu, Nut meninggalkan sekeping cek bertulis 1.6 juta Baht (RM220,000) sebagai mas kahwin.

Bagaimanapun, selepas majlis persandingan itu, cek itu hilang sehingga menyebabkan keluarga pengantin perempuan buntu dan tertanya-tanya mana hilangnya cek berkenaan.

Sebelum majlis perkahwinan itu adakan, Da dilaporkan ada membawa bakal suami bertemu ibunya, Noi di majlis pengebumian bapanya.

Ketika itu, Da memperkenalkan Nat sebagai 'jutawan' serta memberitahu lelaki itu sudah melamarnya.

Selebihnya, tidak ada apa-apa maklumat yang diketahui oleh keluarga Da mengenai lelaki 'jutawan' itu.

Sudahlah tidak melunaskan bil penganjuran majlis perkahwinan di hotel, 'jutawan' itu juga meninggalkan isteri yang dikahwininya dengan bebanan hutang.

Noi yang turut menjaga ibunya yang lumpuh berkata, keluarganya tidak nampak bagaimana cara untuk menjelaskan hutang yang ditinggalkan menantunya yang tidak bertanggungjawab.

Pilihan lain yang ada, kata Noi, anaknya, Da terpaksa meminta bantuan daripada aktivis undang-undang.

Sementara itu, pemilik Alvarez Hotel di Buri Ram, Wasant Thepnakhon mengesahkan kepada portal berita Bangkok Post, majlis persandingan mewah antara 'jutawan' Nat dengan Da dikendalikan oleh sekumpulan profesional dari Bangkok.

Menurut Wasant, pengantin lelaki itu mendakwa dia menjalankan perniagaan pesawat sewa khas antara Thailand dan Hong Kong.

'Jutawan' itu juga tidak meninggalkan sebarang bayaran deposit untuk majlis perkahwinannya di hotel itu.

Kakitangan hotel itu juga sudah berkali-kali berusaha menghubungi Nat untuk mendapatkan 400,000 Baht (RM54,000) bagi pembayaran lokasi majlis, makan serta minuman.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan mematikan telefon bimbitnya dan tidak dapat dikesan. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...