Powered by Blogger.

Wednesday, October 9, 2019

Banduan Ini Berdepan Hukuman Sebat Dan Penjara


KUALA TERENGGANU: Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan meliwat rakan selnya pada September lalu.

Tertuduh, Lizal Che Ismail, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii keatas rakannya.

Perbuatan itu dilakukan di sel Penjara Marang, pada 6 September lalu kira-kira jam 2 pagi.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 5 November depan untuk sebutan semula kes. - Astro AWANI